Followers

Sunday, January 3, 2010

Perfume Or Minyak Wangi

Ish.. sejak 3 minggu lepaih aku jadi was2 bila dengaq kawan opis aku sembang ngan kawan die yang mengatakan die dapat email tentang kandungan minyak wangi barat yang mengandung 'lard' atau lemak babi. Emm.. sejak tu aku tak pakai dah perfum barat. Tapi...

Dalam bilik aku ade lagi perfume barat macam miniature Aqua De Gio dan Unforgiveable. Tetambah plak, baru nie kakak aku hadiahkan aku perfume nie

*

*

*

*

*

*

*

*



dan yang ini...



Hampir boleh dikatakan setiap hari aku gugel cari info tentang kesahihan email tersebut. Berikut adalah apa yang aku dapat :-

1) Kakak aku kata, perfume yang ade lard harge dia ribu2an hinggit. Kalu stakat ratus2an hinggit tak yah riso

2) Menurut Ustaz Asri (tak tahu betul atau idak) babi hanya haram dimakan tetapi bukan najis hingga perlu disamak dengan 1 air tanah dan 6 air mutlak. Menurut beliau, Islam ini mudah dan ia tidak menyusahkan hambanya... wallahualam

3) Seorang lagi ustaz kata, tidak wajib bagi umat Islam untuk mengkaji kesucian sesuatu benda sekiranya benda tersebut pada hukumnya adalah suci. Dan kata dia lagi, sesuatu benda itu suci selagi bukti atau kesahihan kenajisannya masih belum ada.

4) Tadi baru lepaih cakap ngan Ustaz Amri dari portal e-halal JAKIM, die kate tak mungkin perfume ade lemak babi kerana bukti masih belum ada. Die kata, dalam perfume hanya ada unsur alkohol dimana alkohol tersebut boleh dipakai untuk sembahyang.

5) Baru dapat panggilan telefon dari Cik Nora dari HDC yang mengatakan bahawa setakat ini belum ade lagi kajian yang dilakukan dan proposal untuk kajian telah dibuat, dan ianya masih diperingkat awal.

6) Dan ini pendapat aku. Kes ini sama dengan kes botox dan yoga. Selagi Majlis Fatwa Kebangsaan tidak mengeluarkan perharaman ke atas perfum barat seperti yang terjadi kepada botox dan yoga, selagi itu, umat Islam boleh pakai perfume tersebut.

7) Dan sekiranya lemak babi ada, tetapi dia sudah berubah sifat. Dan bukannya seketul lemak babi ada dalam botol perfume tersebut. Sama juga kes nya dengan kandungan alkohol yang terdapat dalam perfume. Alkohol tersbeut telah berubah sifat.

Dan, satu lagi...

8) Ade seorang ustazah yang aku telefon untuk bertanyakan hal yang sama, dan menurut beliau, kesahihan masih belum ada. Kemungkinan email tersebut adalah berniat untuk mengucar-kacirkan orang ramai. Dan ape yang mengejutkan aku, die pun beli satu perfume barat untuk husband die. So... i can spray it on my body. Anybody want to smell it... come near me. Heheheh


'Wallahualam'




P/S : Kepada lahabau yang bersusah payah mengarang email hantu tu. Bawak2 la bertaubat. Gue tauk kamu tu dealler One Drop Perfume kot, maklumla alkohol free perfume. Tapikan perfume beralkohol tu leh dipakai dalam semayang. So, strategi kamu dah patah. Then kamu came out dengan new strategi... iaitu lard dalam perfume. Wat a good strategi. Terima kasih kerana mengucar-kacirkan orang ramai. Luv you guys......








2 comments:

Perfume Rack said...

★100% AUTHENTIC PERFUME!!★

Perfume Rack said...

oh sorry bro, lupa nk tggl add blog

http://www.perfumerack.blogspot.com

^^