Followers

Tuesday, November 24, 2009

Me & Book... Not Facebook kay





Hahaha... jengjengjeng. Mesti hampa semua gayat bila baca tajuk entry nie kan. Yerla, aku dan buku, bagaikan enggang dengan pipit. Huduh bebenor bila bergandingan. Aku pun rasa geli geleman bila baca tajuk di atas. Tapi, bila dengan Sophie Kinsella. Semuanya berubah.



I like it. I love Sophie Kinsella books. Its make my oppinion about books change..(aisehmen, spiking London la plak). Nie semua stat bila aku tengok kawan aku, which is we call her.. Shaferlicious (sebab nama kumpulan kami Scandalicious) baca buku Conffession Of A Shopaholics. Aku tingin nak try, pas try yang nie, jadi ketagih yang kedua, dan kemudian yang ketiga dan akhirnya endup sampai yang kelima. Memang best sangat. Baru baca first page dah gelak pecah perut. Sampai kawan opis lain kehairanan tahap cipan bila tengok kami. Hehehehehe.. Nie tengah tulis entry nie pon dk senyum sengsorang... kahkahkah...


Hampa semua wajib baca semua buku dari Si Sophie sebab semuanya lawak gila. Sekarang aku tengah baca buku baru die 'Twenties Girl' sekerat. Nie pun best. Hehehehe.. Dan 'The Undomestic Goddess' pun baru sekerat aku baca.


Aku sekarang sedih sebab dah tak dak buku pasai si Rebecca Bloomwood, sebab semua kelima2 buka pasai dia aku dah baca. Sedihkan aku... hehehehehe. Aku yang menyedihkan..


Okayla... hampa layan la dulu cita pasai buku nie. Byebye....





"HIDUP SOPHIE KINSELLA"











3 comments

Sunday, November 22, 2009

PruBSN labur RM7j buka tujuh cawangan

KUALA LUMPUR 22 Dis. - Prudential BSN Takaful Bhd. (PruBSN) akan membelanjakan kira-kira RM7 juta bagi menubuhkan tujuh cawangan baru dalam 2009.

Ketua Pegawai Eksekutif PruBSN, Mohamad Salihuddin Ahmad berkata, dua cawangan pertama yang akan ditempatkan di Shah Alam dan Johor Bahru, dijadualkan memulakan operasi dalam suku pertama tahun depan.

"Lima cawangan lagi akan juga ditempatkan di ibu negeri. Penubuhan setiap cawangan baru ini menelan kos kira-kira sejuta ringgit," katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Syarikat yang ditubuhkan pada 2006 itu berhasrat memperkukuh kedudukannya di negara ini, kata Mohamad Salihuddin.

Pada masa ini, PruBSN mempunyai tiga pusat operasi di Kuala Lumpur, iaitu hab perkhidmatan berkongsi di Menara Yayasan Tun Razak, pusat pemasaran dan pentadbiran di Wangsa Maju dan ibu pejabatnya di Menara Prudential di Jalan Sultan Ismail.

PruBSN yang merupakan usaha sama milik 51:49 antara Bank Simpanan Nasional Bhd. dan Prudential itu, sehingga ini telah mengumpul caruman baru dan tetap berjumlah RM340 juta. Kira-kira 95 peratus produknya adalah dari segmen keluarga.

Meskipun baru menceburi perniagaan takaful dua tahun lalu, namun syarikat itu telah menguasai 35 agihan pasaran dari segi pertumbuhan perniagaan baru.

Mohamad Salihuddin mengaitkan pertumbuhan ini kepada pelbagai faktor, termasuk kakitangan dan ejennya yang dinamis.

"Kami berkembang dengan amat pesat. Daripada hanya 20 kakitangan, syarikat ini kini mempunyai 200 kakitangan dan kira-kira 9,000 ejen," katanya.

Daripada keseluruhan tenaga agensinya pada masa ini, 70 peratus adalah bukan Islam, dan ini mencerminkan kesedaran yang semakin meningkat serta semakin pentingnya perniagaan takaful.

Pemegang polisi PruBSN berjumlah 190,000, dan daripada jumlah ini 34 peratus terdiri daripada bukan Islam.

Kata Mohamad Salihuddin, syarikat itu ingin mencetuskan kesedaran di kalangan orang ramai bahawa takaful bukanlah semata-mata untuk umat Islam.

"Ia untuk semua. Takaful adalah satu sistem, dan tiada kaitan dengan anutan agama," tegasnya.

Menurutnya pasaran takaful di Malaysia masih belum diterokai kerana kadar penembusannya hanyalah 8.0 peratus berbanding 40 peratus bagi produk insurans konvensional.

Mohamad Salihuddin berkata, syarikat itu juga merancang untuk memperkenal satu produk baru, iaitu PruBSN ASAS, dalam suku pertama tahun depan.

Kata beliau, PruBSN akan terus memberikan tumpuan kepada segmen takaful keluarga berikutan kejayaan produk TAKAFULINK yang menyediakan perlindungan dengan pautan kepada tiga dana, iaitu dana ekuiti, dana terurus dan dana bon.

PruBSN adalah pengusaha takaful pertama yang menawarkan kad perubatan kepada pelanggan.

- Bernama

0 comments

Friday, November 20, 2009

Tujuh Sunnah Rasullulah SAW

“Cerdasnya orang yang beriman adalah, dia yang mampu mengolah hidupnya yang sesaat, yang sekejap untuk hidup yang panjang. Hidup bukan untuk hidup, tetapi hidup untuk Yang Maha Hidup. Hidup bukan untuk mati, tapi mati itulah untuk hidup.

Kita jangan takut mati, jangan mencari mati, jangan lupakan mati, tapi rindukan mati. Kerana, mati adalah pintu berjumpa dengan Allah SWT. Mati bukanlah cerita dalam akhir hidup, tapi mati adalah awal cerita sebenarnya, maka sambutlah kematian dengan penuh ketakwaan.

Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

Pertama: tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.

Kedua: membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.

Ketiga: jangan tinggalkan masjid terutama di waktu shubuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat: jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.

Kelima: jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.

Keenam: jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.

Ketujuh: amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.

0 comments

Friday, November 13, 2009

Cinta Ada

hohh..hohh..hohh..x2
hohh..hohh..hohh..x2

andai aku buta kan mata
dapatkah kau mendengarkan jujurnya
andai engkau tutup telinga
dapatkah kau melihat keikhlasannya

chorus:
aku cinta bukan dibayang mata
jauh dari bahasa
dekatkan ertinya
aku cinta bukannya disengaja
jauh dari wasangka
dekatkan hatinya
memang cinta ada dalam jiwa kita

andainya cinta itu buta
dapatkah kau mengubah pesonanya
andai mengalir air mata
dapatkah kau membezakan jelingnya

(chorus)

oh mengapa ada saksi yang tak memahami
wow..wow..wow..wow..
oh mengapa ada saksi yang disalah erti
oh aku cinta
oh jauh dari bahasa

(chorus)

memang cinta ada dalam jiwa kita...

1 comments

Monday, November 9, 2009

Ku Mencari


Puas Sudah,
Ku Mencari Kebahagiaan,
Di Sisi Teman-Teman,
Ku Dapat Hanya Kelalaian.

Ku Mencari Lagi,
Di Hati Seorang Kekasih,
Ku Dapat Hanya Kekecewaan.

Dan Ku Terus Mencari,
Dalam Meniti Hari,
Penuh Kekosongan.

Oh, Dimana Lagi Harus Ku Mencari,
Membawa Sekeping Hati,
Yang Sarat Kerinduan,
Rindu Yang Tiada Haluan.

Aku Keliru Sendiri,
Apa Yang Ku Cari,
Apa Yang Ku Perlukan,
Aku Masih Tidak Bisa Mengerti,
Yang Pasti... Kekosongan Hati Minta Diisi.

Sejenak Ku Tersedar,
Aku Mencari Cinta Agung,
Buat Jiwaku Yang Merindukan,
Hakikat Kebenaran,
Cahaya Yang Membelah Kegelapan,
Melimpah Cemerlang Mengisi Kekosongan.

Ku Sedar,
Destinasi Pencarian Di Sini,
Ku Mencari-Mu TUHAN,
Mengharap Keredhaan,
Menagih Kebahagiaan... Dan Sinar IMAN






2 comments