Followers

Monday, September 14, 2009

Mana nak cari wei....

Masuk raya tahun nie, dah masuk tahun kedua aku beraya dengan membawa title anak yatim. Bukan merintih, tapi mengenang nasib badan, dan bukan pula menyesal... tapi terkenang salah silap masa lampau aku dengan abah.

Mana lagi aku nak cari tangan yang besar dan kasar yang dulu aku tak suka untuk aku cium pada pagi hari raya. Mana lagi nak aku selongkar untuk mencari pipi yang kasar dan kesat untuk aku cium. Mana lagi aku nak cari suasana gempar setiap kali abah aku bersin yang teramat kuat. Mana boleh aku dapatkan bunyi tempikan abah yang amat kuat kalu aku bertengkar dengan die atau buat silap. Mana lagi leh aku hidu bau masam peluh abah yang aku tak suke tu. Mana lagi boleh aku tengok seorang tua yang pake helmet yang dah haus span die hingga terdapat ruang antara kepala dan helmet hingga leh goyang2 hlmet tu yang suatu ketika dulu aku benci. Mana lagi aku leh cari seorang tua yang kuar umah dengan hanya pake kain pelikat tanpa baju, jalan terboyot2 ke umah kekawan die di sekeliling umah. Itu semua kriteria yang aku mahukan untuk gantikan tempat abah aku. Aku tahu korang tak tahu mana nak cari manusia yang memenuhi kriteria yang aku criter kan di atas, sebab kriteria tu sume hanya ada pada arwah abah aku. No other can replace my father...(wahwah... spiking London plak)

Korang leh cakap dak kat mane aku leh dapat sume tu selepas tarikh berlakunye tragedi dalam hidup aku iaitu pada 29 Mei 2008. Korang tau dak kat mane aku leh dapat sume bende tu yang suatu ketika dahulu aku benci dan sekarang aku merinduinye. Mana korang leh bagi tau kat aku, mana nak cari seorang abah yang aku benci dulu dengan seorang abah yang amat aku rindui sekarang.

Aku merindui itu sume sekarang. Aku merindui sesuatu yang aku benci dan tak suke suatu ketika dulu. Baru sekrang aku tahu erti kasih sayang seorang insan yang bergelar ABAH. Aku tahu ade hikmah disebalik ape yang terjadi. Mungkin hikmah disebalik perginya abah, mengajar aku untuk menjadi lebih matang. Mungkin untuk menjadikan aku lebih bertanggungjawab. Mungkin juga untuk memberitahu aku bahawa aku dah dewasa. Mungkin.

Bagi yang masih berabah dan beribu, hargai diorang. Sayangi diorang. Kasihi diorang, sebelum meeka pergi buat selama2nya.

AL-FATIHAH untuk arwah abah dan insan2 yang telah pergi mengadap Ilahi.

Semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempat disamping orang2 beriman. Amin...

2 comments:

farish sinclair said...

sabar k...slmt hri ry! ble nk jupe ni whhh dtg kl calling2 meh:p

mrMiEZ said...

Alah ko nie... ko yang janji dulu nak datang Penang... aku dok tunggu ko tau dak