Followers

Thursday, September 17, 2009

Salam Aidilfitri



Assalamualaikum WRTH... aku ucapkan kepada semua pembaca blog aku nie. Samada yang menyukai, membenci ataupun sekadar membaca perkembangan blog aku nie.



Tujuan aku berbloging nie adalah untuk meluahkan buah fikiran aku dan seterusnya menjadikan blog ini sebagai medium untuk mengekspritasikan idea aku, cara pemikiran aku dan pendapat aku.



Di sini juga aku ingin memohon maaf kepada kalian semua sekiranya terdapat salah faham, terkasar bahasa entri aku, ataupun entri aku sebelum ini telah mengguriskan perasaan korang tanpa aku sedari.



Di bulan yang mulia ini dan Syawal yang bakal menjelma tak lama lagi aku mohon maaf zahir dan batin dan aku ucapkan selamat menyambut Hari Raya ini dengan penuh kegembiraan dan kecerian. Disamping itu, jangan kita lupa pada yang serba kekurangan.



Pada kawan baik aku di alam maya ini, Mr.Reez, aku mohon maaf bebanyak sekiranya aku telah mengguriskan perasaan ko. Aku amat berterima kasih pada ko kerana sudi menjadi kawan aku. Aku amat menghargai persahabatan kita.



Pada de only one and theres no other than My Kak Tijah Sayang, Miez amat terhibur dengan setiap entri yang Kak Tijah buat. Kak Tijah dah menceriakan hari Miez selama nie dengan entri2 menggugat kestabilan otot2 poyot Miez. Tak tahan Kak Tijah. Taun nie Kak Tijah balik Penang, jangan lupa singgah umah. Akhir kata buat Kak Tijah, Selamat Hari Raya Aildilfitri... Maaf Zahir & Batin. LOVE U. Kim salam kat Cem yang pemes tu. Tak lupa gak pada hubbymu, Carlos.



Dan tak lupa gak pada Kakak Katak yang masih ayu, Miez mintak maaf bebanyak kalu ade salah paham selama kite berblogging. Miez amat menghargai perkenalan kita. Dengan harapan kite boleh berjumpa suatu hari nanti. Insyaallah.



Pada kawan2 dan sedare mare yang lain pun sama. Pada My Sister yang berado di Putrajaya, My Cousin Mazlina Hassan, pada The Pink Stilletos, pada Syazwani Abdul Hamid (The Pink Stilettos Sister), pada Ninie Ahmad, to My Best Buddy Shaferlicious dan pada yang lain2 yang mengenali saya seadanya.

Selamat Menyambut Aidilfitri Wal Faizin



Amin.



Al-Fatihah pada arwah abah.



2 comments

Wednesday, September 16, 2009

Ala... dah nak aye ler



Dak braper ari lagi kite dah nak aye. Sedih yang sadis aku nak meninggalkan Ramadhan Al-Mubarak nie. Tahun nie aku dak tempah baju melayu pun. Rase nak pake aje baju aye tahun lepas. Unless ade sedare sedari kat luar sane tu nak sponser.

Aku rase aku belum agi buat Blog Card Hari Raye. Pade reez, maaf yer, mungkin malam nie kot akan aku design kan gune powerpoint. Hehehe... anyway, bagi tak menghampa kan korang, aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin. Terutama skali pade ko Mr.Reez. Maafkan la salah silap aku selama kite kenal dalam dunia maya nie, Niat hati nak ketemu, tapi tak berkesempatan agi. Insyaallah, suatu hari nanti.
Okayla... enjoy your Aidilfitri kay. Balik kampung tu hati2 kay. Ingat yang tersayang. Pandu cermat, jiwa selamat.

Pada yang balik naik bas untuk balik kampung... korang nasihatkan driver tu untuk hati2.
2 comments

Tuesday, September 15, 2009

Bukan Benci... Tapi Rimas

Bukan benci ... tapi rimas. Itulah tajuk entri aku kali nie. Aku cukup benci ngan bunyi mercun kat bawah nie. Entah malaun hamprik maner la yang mencipta mendalah nie. Tak bahaye ker bebudak kecik2 main. Bunyi nye teramat kuat hingga melompat punggung aku nie bila meletup mendalah nie yang diberi nama Mercun Bola. Kalu bunyi mercun mancis atau seangkatan dengan nye, aku tak kisah sangat sebab bunyi kentot aku lagi kuat dari mercun2 tu. Tapi kentot aku kalah kalu bebudak tu main mendalah nie (Mercun Bola nie).


Aku bertambah hangin bile aku tengah saun bebudak yang main mercun tu terselit bapak budak disebalik kepulan asap memutih. Oiii.... bapak budak yang tak brape cukup umor. Kalu nak main mendalah tu, main ler kat umah korang. Ini dak, baling gak kat umah orang. Wahai bapak budak yang leh dikategorikan sebagai tua bangka, kalu nak main mendalha tu. Baling ler ke arah umah korang. Cuba korang try baling kat bini korang yang telah buat kuih raye tu, mahu tido luar korang malam tu, atau pun berslepat muka korang dengan adunan tepung kuih raya.

Tolonglah respek jiran tetangga yang mahukan ketenangan selepas berbuka. Semasa aku tengah buat entri nie, berdentum dentam luar umah aku nie. Macam berada di zaman perang dunia kedua plak. Aku dah rimas dah. Tungga nak call polis entri aje nie. Memang korang akan kata setahun sekali, so spotin la... Memang aku leh spoting dengan sume nie, janji korang baling mendalah tu kat umah memasing. Senang crite. Tak yah aku nak terjerit2 maki hamun korang. Aku perlukan ketenangan supaya senang makanan yang aku makan selepas berbuke dihadamkan.

Okay... raye tak lame agi. Awai lagi kot untuk aku ucapkan slamat hari aye, Tunggula beberapa ari lagi. Okay bye... main mercun main gak, tapi jangan sampai kaki tangan kudung. Tak pernah aku dengar raye cine atau deepavali ade yang kudung tangan kan. Nie dak, hari aye gak yang mencatat sejarah. Almaklum la kan, umat Melayu nie terlebih kreatif. Kreatif tak bertempat. Bukan menghina bangse sendiri, tapi terkilan.



Mendalah durjana yang mengganggu ketenteraman aku

3 comments

Monday, September 14, 2009

Mana nak cari wei....

Masuk raya tahun nie, dah masuk tahun kedua aku beraya dengan membawa title anak yatim. Bukan merintih, tapi mengenang nasib badan, dan bukan pula menyesal... tapi terkenang salah silap masa lampau aku dengan abah.

Mana lagi aku nak cari tangan yang besar dan kasar yang dulu aku tak suka untuk aku cium pada pagi hari raya. Mana lagi nak aku selongkar untuk mencari pipi yang kasar dan kesat untuk aku cium. Mana lagi aku nak cari suasana gempar setiap kali abah aku bersin yang teramat kuat. Mana boleh aku dapatkan bunyi tempikan abah yang amat kuat kalu aku bertengkar dengan die atau buat silap. Mana lagi leh aku hidu bau masam peluh abah yang aku tak suke tu. Mana lagi boleh aku tengok seorang tua yang pake helmet yang dah haus span die hingga terdapat ruang antara kepala dan helmet hingga leh goyang2 hlmet tu yang suatu ketika dulu aku benci. Mana lagi aku leh cari seorang tua yang kuar umah dengan hanya pake kain pelikat tanpa baju, jalan terboyot2 ke umah kekawan die di sekeliling umah. Itu semua kriteria yang aku mahukan untuk gantikan tempat abah aku. Aku tahu korang tak tahu mana nak cari manusia yang memenuhi kriteria yang aku criter kan di atas, sebab kriteria tu sume hanya ada pada arwah abah aku. No other can replace my father...(wahwah... spiking London plak)

Korang leh cakap dak kat mane aku leh dapat sume tu selepas tarikh berlakunye tragedi dalam hidup aku iaitu pada 29 Mei 2008. Korang tau dak kat mane aku leh dapat sume bende tu yang suatu ketika dahulu aku benci dan sekarang aku merinduinye. Mana korang leh bagi tau kat aku, mana nak cari seorang abah yang aku benci dulu dengan seorang abah yang amat aku rindui sekarang.

Aku merindui itu sume sekarang. Aku merindui sesuatu yang aku benci dan tak suke suatu ketika dulu. Baru sekrang aku tahu erti kasih sayang seorang insan yang bergelar ABAH. Aku tahu ade hikmah disebalik ape yang terjadi. Mungkin hikmah disebalik perginya abah, mengajar aku untuk menjadi lebih matang. Mungkin untuk menjadikan aku lebih bertanggungjawab. Mungkin juga untuk memberitahu aku bahawa aku dah dewasa. Mungkin.

Bagi yang masih berabah dan beribu, hargai diorang. Sayangi diorang. Kasihi diorang, sebelum meeka pergi buat selama2nya.

AL-FATIHAH untuk arwah abah dan insan2 yang telah pergi mengadap Ilahi.

Semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempat disamping orang2 beriman. Amin...
2 comments

Saturday, September 12, 2009

Warghhhh....


Warghhhhhh... bosan sangat

Pepagi lagi dah surf tenet walaupun bangun kul sploh

Nak buat ape agi, nak kuar bekpes tak leh, so... tenet la mangsanya

Sesambil dengar lagu Aku Bukan Supermen By Lucky Laki... tak minat... tapi layan aje

Nak kuar cari dvd, awai lagi... pas sembahyang Zohor kot. Leh gak aku layan... tapi nak layan cite per ek.

Sesambil dengar HOT FM nie terdengar plak sore gedik Si Memey tu. Nyampah aku.

Okay la... aku nak dido jap... satgi nak layan Melodi... Layaaaaaaaannnnnn







2 comments

Thursday, September 10, 2009

Rakan sekorje...


By the way, selame aku berbloging nie aku ase aku tak nah load gamba kekwn opis aku kan. Nie ade beberapa koping yang aku dah powerpointkan (ye la...aku mane eti nak photoshopkan...gipun, aku dak der mendalah tu kat pc aku nie).

Hehehehe... aku ase gamba aku kat atas macam kembar Fizow Omar lew...(walaweh.... memuji diri sendri nampak). Kasi la aku chan nak berangan skit. Okayla... enjoy de gambaq k.

2 comments

Wednesday, September 9, 2009

Kapel of de YUKSSS of de many2 years.......

Jengjeng... kontrovesi kan tajuk entry aku. Kali nie tema entri aku adalah LEPAS GERAM


Aku dah nek meluat ditambah nyampah tahap kuasa dua dengan this couple. Terutama sekali si laki tu. Tu baru aje berumah tangga dengan bintang yang tak bape shining nun di Seberang, belum lagi dengan Beyonce ke atau Rihanna (nak kew diorang dengan mamat celup nie).

Aku bukannye ape, sejak tertonton citer Sekar and dis mamat belakon... makin bertambah angin aku. Yerla siap pasih cakap bahse Indon. Tak kan baru kawen dengan minah endon dah tak tau nak cakap bahse mesia. Memang korang akan cakap "...dah die berlakon dalam cite Indon, mesti la cakap Indon..." tak per la, itu aku boleh trima.



Tapi satu lagi cite... kawan opis aku, 3 bulan lepas ade buat tourism tour di soping mall di Indon, tesempak la dengan mamat celup (tanpa flower dcc... die jadi pak pacak tunggu bini soping) nie. Kawan2 aku pun greet ler die, almaklum la kan dah pemes, "encem" and kebetulan rakyat Mesia dan kawan2 aku nie beriyo-iyoko la spiking London tegur die... korang nak tau dak ape die balas, die balas dalam bahse Indon yang teramat, terpekat & tersangat2. Tak kan baru bepe bulan kawen & stay di Indon dah terpekat bahse (die pake tepung jagung kot untuk pekatkan bahse die). Kalu yer pun, cakap le bahse Mesia bile jumpa rakyat Mesia (Mesia meet Mesia). Nie tak. Eeeeee..... nyampah aku bile dengar kawan aku cite (aku siap hempas pulas kusi meja kafeteria opis, kasi efek skit... walaupun thrill pelsu).

Okayla guys. Aku dak mo coloteh menjela, takut nipis aje pahle pose aku. Tapi yang penting, mulai saat die kawen wit dat flower, aku dengan rasminya memutuskan hubungan 1 Malaysia dengan die. Dan aku tak kan bangga lagi dengan selebriti celupan sebagai selebriti Mesia. Pus stop. Dan kajaan Mesia, plis batalkan kerakyatan die, and jangan layan rayuan die untuk jadi rakyat Mesia lepas nie... kot2 la dat flower ceraikan dat mamat celup and dat mamat celup biarkan di sane (bape banyak 'dat' da).

Moral of de stori... aku teramat nyampah kalu rakyat Mesia dok cakap bahse Indon nie. Nape bahse Mesia nie dak best ke. "BAHSE JIWE BANGSE" tau. Kalu kawen ngan Beyonce aku leh trime la sebab aku minat die. Pasni kalu korang tanya aku atau cite kat aku pasal mamat celup nie, aku akan jawap,

*
*
*
*
*
*
*
*
*


Ada aku kesah... lantak lah die
(font kaler merah tanda marah)










5 comments

Tuesday, September 8, 2009

Pssst... nak gosip dak

Aku pun tak tau nak describe cite nie sebagai gosip atau pandangan. Tapi yang menghanginkan aku sejak kebelakangan nie aku nengok Channel Astro Ria - banyak ulang tayang cite2 lame. Tetambah hari minggu. Berasap satu badan aku nie bile bukak chanel ni cite hampeh, bukak chanel tu cite melayu sterotaip, bukak chanel lain plak membosankan pancaindera aku.


Okay la, sesape yang ade kene mengena dengan chanel Astro... plis sajes kat diorang untuk hijrah sikit dalam seinci untuk kepuasan penonton yang membayar bil bebulan. Plis.

Aku dah bosan sangat ketik rimut kontrol tu. Asyik ulang cite yang sama. Kejap Sehati Berdansa, and kejap2 Pentas Anak Wayang. Aku dah bosannnnn....




3 comments

Monday, September 7, 2009

Tahajjud Cinta


Tahajjud Cinta - Dato' Siti Nurhaliza

Hi guyz... we met again. Sejak update entri kemarin, jari nie tak sabaq2 nak update lagi. Nyempat lagi walaupun nak kuar keje dah (masa kritikal aku... harap2 PC dak ngok ngek). Tu la, aku tak mo stat update. Bile dah update, tak tau nak henti. Okay, aku kejap je ni.

Just nak update korang yang ini adalah album yang betui2 akan kuar (aku tak main2... ini betui2 terjadi) Album tajuk Tahajjud Cinta dari DIVA kita - Dato Siti Nurhaliza. Nantikan di pasaran (bukan di kedai2 hardware seperti album aku dijual kay) pada esok hari 09.09.09. Pastikan yang original kay..




1 comments

Sunday, September 6, 2009

So Sorry



Fuhh....agak2 korang dah bape lame aku nyepi dari dunia blogging nie. Kalu tak salah aku dah agak 2 purnama lebih hamba tak menjalangkan jari nie. Tajuk entri kali nie adalah SORRY. So kalu korang dah tahu tajuk die paham2 aje la kan.

Aku dok tunggu gak Mr Reez msg aku dengan maki hamun die suh aku updte entri, tapi hampeh. Tak dak sekelumit msg pun yang masuk. So, aku ingat nak rajuk aje. Tapi rase rugi plak kan rajuk lame2. So disini aku nak mintak maaf ngan korang sume (sesue dengan tajuk netri) kepada korang sume kerana aku lama menyepi. Bukan ape, tengah siapkan album ke-500 aku. Yerla, ari2 sibuk, kejap photoshoot cover album la, jap2 majalah tu pangge untuk cover diorang... (wah2.. gedik melampau aku) hehehe...

Nantikan kemunculan album aku nanti di kedai hardware berdekatan anda....Pastikan anda beli yang ori kay..

*



*



*



*



*



*



*



*



*



*




My Famli photo... jgn marah (berkecamuk masing2 post)

0 comments