Followers

Tuesday, July 14, 2009

Hairan & Pelik... Tapi Kenapa ?

Emmm... ade banyak perkara yang menjadi pertanyaan dan kehairanan aku. Korang layanla dulu ape yang menghairan kan aku. Layannnnn.....


Hairan & Pelik
Manusia nie kalu dengan rokok seperti tak dapat dipisahkan. Aku pun hairan, kenapa rokok masih menjadi kegemaran walaupun kita tahu ianya makruh. Makruh adalah perbuatan yang tak mendapat dosa, tetapi sekiranya dilakukan juga... ianya di benci Allah SWT. Pe'makruhan rokok adalah pada zaman dahulu dimana rokok dahulu tidak dicampur dengan bahan2 yang merosakkan badan seperti tar dan sebagainya. Kalu sesuatu yang mendatangkan mudarat pada badan, maknanya rokok adalah haram. Tetapi, pasai apa manusia nie masih merokok.


Hairan & Pelik
Setahu aku, bila azan berkumandang... kita perlu diam sebagai tanda menghormati alunan azan dan menghormati masuk waktu. Dan kalu tak salah aku, seseorang akan kelu lidahnya semasa sakaratul maut untuk mengucapkan kalimah syahadah kalu semasa hayatnya, dia bercakap semasa azan dilaungkan. Ade yang aku dapati tak henti2 boraknya semasa azan siap ade yang ketawa lagi. Pelik kan tambah menghairankan


Hairan & Pelik
Sejak kebelakangan nie banyak aku terbaca beberapa artikel dan surat yang aku terima (kesahihannya tak dapat aku pastikan) yang menghina dan memperlekehkan agama yang aku anuti nie, iaitu ISLAM. Niat aku bukannye nak membangkitkan perbezaan agama, tetapi aku nak membela agama yang aku anuti nie. Kebanyakkannya mempersoalkan tentang peribadi umat Islam itu sendiri dan ajaran Islam itu. Kat sini aku nak highlightkan bahawa segala tindak tanduk penganut Islam yang menyimpang jauh dari ajaran Islam itu sendiri seperti menerima rasuah, rogol anak sendiri, sumbang mahram dan sebagainya seperti yang diuar2kan adalah bertitik tolak atas iman sesorang itu sendiri. Ajaran Islam sememangnya mengajar yang baik2 belaka, tetapi yang menodakan kesucian Islam itu sendiri adalah umat Islam itu sendiri.

Tapi aku hairan, mengapa manusia terus-terusan memperlekehkan Islam. Tepuk dada tanya selera. Bagi aku semua agama mengajak kepada kebaikan. So, jangan memperlekehkan agama Islam itu lagi. Dalami dan fahami dulu apa itu Islam. Bagi aku Islam itu Indah. Perilaku umat Islam yang tidak melambangkan syiar Islam bukan salah Islam,, tetapi umat Islam itu sendiri yang tak sudah2 melakukan dosa.



Hairan & Pelik
Kenapa kita susah sangat nak mengucapkan kemaafan kepada orang sekeliling kita yang membuat salah pada kita. Adakah kerana ke-egoan kita atau kite merasakan kite tak pernah membuat kesilapan. Bohong kalu aku katakan bahawa aku tak pernah buat silap atau dosa. Setiap manusia tak akan terlepas dari membuat kesilapan atau dosa. Jadi apakah hak kita untuk tidak memaafkan seseorangpun sedangkan Rasullulah sendiri maafkan umatnya yang banyak melakukan dosa dan silap yang lebih hebat pada Baginda. Sebab itu Allah SWT menciptakan Neraka & Syurga.

Hairan & Pelik

Aku perasan... setiap kereta yang dipandu oleh individu beragama lain selain Islam dengan bangganya meletakkan sticker berkaitan agama yang depa anuti dibelakang kereta mereka. Bagi aku, ia sedikit sebanyak akan mempengaruhi akidah kita. Sebagai contoh, mentera yang mereka letak di belakang kereta diorang dan kita baca. Tak terpesongkah akidah kita.

Tapi yang lebih menghairan dan mempelikkan aku adalah kita tak bangga dengan agama syumul kita nie iaitu Islam. Entah berapa kerat umat Islam itu sendiri yang meletakkan sticker di cermin belakang kereta mereka. Kebanyakkannya lebih suka meletakkan sticker yang entah ape2 ntah. Termasuklah kereta aku... (lepas nie kena cari sticker yang melambangkan keIslaman... hehehe)


Hairan & Pelik
Kite sedia maklum bahawa Islam iaitu agama yang kita anuti nie sememangnya menitik beratkan soal kebersihan dan yang paling penting kesucian. Tapi Hairan & Pelik, kenapa tandas yang sering kita kunjungi di masjid2 di sekitar kita teramat menyedihkan. Bagi aku, aku tak salahkan agama Islam, tetapi umat Islam itu sendiri. Tetapi kenapa ? Tidakkah kita tahu akan pentingnya soal kebersihan, ataupun kita rasa bukan tanggungjawab kita untuk menjaga kebersihan tandas tersebut. Fikir-fikirkan...