Followers

Thursday, June 25, 2009

I'm Away For A While...

As-Salam semua. Sebenarnya aku nak gi jenjalan ngan femli aku petang nie which is after solat Jumaat. Entah pukul bape aku akan sampai umah akak aku di Putrajaya. Harap sumenye selamat. Korang yang menyayangi aku doakanlah aku dan femli aku. Yang tak sayang just buat tak tau aje... (ade ker orang yang sayang aku)...

Okay sepemergian sementara aku nie aku nak tinggalkan kenagan pahit dan hitam nie di belakang umah aku. Masalah aku dengan my x-best friend (used to be very closed friend... dah macam adik kakak) kat opis XXX aku nie, aku nak lupakan terus. Aku dah penat and lotih dah nak menjatuhkan maruah aku nie dengan terhegeh2 berbaik dengan dia tanpa sebarang inisiatip dari pihak die. Satu je aku nak korang tahu persahabatan aku dengan die dah tak der makna... dah tak dak kenangan manis dah antara aku dengan dia. Aku nak lupakan terus je persahabatan yang tak der makne nie.


"...I'm tired with all this BULLSHIT..."




2 comments

Saturday, June 20, 2009

Deko Bersama MrMiEZ

Mem yang sememangnya besar yang tengah rileks
Pekerja2 Bangla yang tengah berusaha... (ampunkan saya Pak Njang)

Inilah hasilnya...


Aku nie bila dah meng'start'kan diri aku dalam dunia blogging nie, macam2 idea yang manari2 tango kat dalam pala aku nie. Dan aku pun dah stat meng'jalang'kan jari aku nie snap sana & sini sambil mencoretkan entry kat blog aku nan indah ini...(indah kew). Korang jangan salah tafsir plak aku nyer ayat2 panas kat atas nie. Saje je nak kasi feel lain macam kali nie. Ade korang feel...hehehe.

Eniwe... kemarin My Pak Njang sefemili datang umah aku atas jemputan My Mom untuk me'renovate'kan pintu bilik My Mom. Aku pun tak tau samada ia dipanggil renovate atau redoing it. Korang pikiaq la sendiri. Nie ade bape pix untuk korang feelkan... hehehehe.










1 comments

Thursday, June 18, 2009

Kakitangan Yang Gembira Bila Berhenti Kerja

Okaylah... aku tak tau nak buat new entry ape. Tapi selak punya selak aku nyer photo galeri. POP... ter'meletus satu idea untuk uploadkan photo and citer pasal my very best buddy kat opis nie yang mempunyi ke'hepi'an dan keghairahan yang menerujakan dalam me'resign'kan diri nya dari opis aku sekarang (nama opis terpaksa diharam-umumkan atas sebab takmo kasi promosi sama itu opis... tak berbaloi kay). Anyway to Shan, hope you don't marah I kay sebab meng'upload'kan photo u kat blog i nie. Sebenarnya, Shan nie adalah pengikut rahsia blog aku (eeee...perasannya aku) tapi betulkan Shan. Yerla... bukti nya ini achi selalu suh aku update blog aku dengan dialognya "...woi, bila lu nak kasi lu punya blog update ha. Itu labah2 pun sudah lama mati ma..."(PASAI APA ADE SLANG CINA EK... KONPIUS2)


Miss Shanmuga Priya a/p Chinniah (kasi nama full, mana tau kot2 ade an'ne kat luar sana minat sama u), kalu u ada baca ini blog juga, i harap u tau yang we all really2 MISS YOU very2 much (amboi ayat aku... ada ka ayat omputih macam tu). U adalah manusia pertama yang i kenal dan jumpa di opis XXX nie. I know you very2 happy dapat me'resign'kan diri dari this HELL.


Wajah2 ceria.....Kajol & Hitrik Roshan (tul ke spelling aku nie)


And My Very Best Buddy Award

goes tooooooooooooooooooooooooooooo....... (drum roll plis... nak kasi thrill skit) .... this lady la... sapa lagi yang tengah kontrol CUN nie.... (ada cun ke..uiks tak cun pun tapi manis juga ada...hehehe)


Okayla... aku tak larat celoteh dah. Jari2 manis aku pun dah tak manis dah... jadi tawor (jari ada rasa ka) and the time has come, so aku kena gi menunaikan tanggungjawab aku sebagai seorang muslim.... (fulamak ek...ayat ilmiah aku) jom sembahyang Jumaat
4 comments

Monday, June 15, 2009

My Blog Conference....a.k.a Press Conference




Pernah dak korang mengalami sindrom di mana "...when a problem arise... its getting worse by the third person..." Wah..Wah....ayat omputih aku. Entah betul ke idok grammar dan past tense nye. Actually... (ayat omputih agi) aku ader problem missunderstood dengan one of my closest buddy kat opis nie. Yerla... bila dah terlampau klose sangat bab2 and soal perasaan nie kita amik tak kisah. Begitu la jadinya pada aku when that buddy menyentap perasaan aku yang masih berbaki ini denga tengkingan nye. (Naper that day aku terlebih feeling ek... tell me why)

Mungkin bagi side die... die tak rasa... (bahawa aku telah terasa) yerla dah klose sangat mana nak perasan akan aku nye feeling. Okayla... aku pendekkan cite. Bila aku nak menyetel kan masalah feeling nie, aku dah meluahkan pada orang yang ke-3 nie... (ntahlah, kenapa die slalu je jadi orang ke-3...tapi die nie very2 baik hati kay...one credit for me please sebab puji you the third party) telah meng'missunderstood'kan statement aku semasa perbualan telefon aku ngan die. Begini dialog mak aku semasa memberi nasihat kepada aku semasa aku cuba nak menyetelkan dilema aku nie...

My Mom : Tu la lepas nie jangan rapat sangat dengan sesiapa pun, sebab bila dah terlampau rapat nanti bila ada masalah, susah nak settle..'

Myself : Sebenarnya tak der ape masalah pun, cuma perasaan ini mudah tersentap sangat.

My Mom : Yer la bila dah terlampau rapat jadi macam nie la.

Myself : But why mom... tell me..... why (dialog nie aku tambah sendri nak kasi feel sikit entry/scene nie)

Mungkin die and the third party tersalah tafsir statement mak aku semasa perbualan telefon tempoh hari. Statement tersebut bunyi nye seperti nie la kot, "...mak Aimi (ni nama glamor aku kat opis... gelikan) tak kasi die kawan ngan kita dah...". Ya Allah, Ya Rabbi... bukan tu maksud mak aku, tapi maksud die, jangan kawan dengan sesorang rapat sangat, kena ada batasan bila ade problem susah nak settle. Sebab bila dah terlampua klose, kita jadi tak kisah dengan soal perasaan. Mana tau, kot2 die ade terasa dengan kita tanpa die/kita sedari.

Okaylah, sekarang kepada yang tersalah tafsir press statement (a.k.a nasihat) mak aku tempoh hari tolong lah mengerti, setelah lenguh jari aku nie meng'explain'kan di laman blog yang amat indah ini. Mungkin side aku ade salahnya gak, tapi bila yang third party salah tafsir, telenovela nie jadi melarat, macam cite Mexico tu, sampe beratus2 episod. Jadi aku harap dengan 'blog conference' ni bakal menyelesaikan segala kekusutan ini. Please kay... aku tak salahkan third party tu. Nanti third party plak missunderstood ngan aku. Ngan third party nie pun aku kecikkan hati die dengan words yang sama yang aku cakap pada si dia, tapi aku dengan die dah OK. Tapi di hati hanya Allah yang maha mengetahui.

Aku tak mo jadi macam desperate opismate... ala, macam desperate housewife. Tapi nak buat macam mana, dah tak der jodoh. Tapi satu saja aku nak dia tau...

".... aku betul2 sori dan akan kenang persahabatan kami sampai bila2..."


3 comments

Saturday, June 13, 2009

Psst... Korang Perasan Tak

Korang perasan tak aku nyer ayat kat About Me. Fulamak... ayat aku. Tak sangka kan hehehehe. Kalu korang tak perasan, korang follow aje mata korang ke arah anak panah kat bawah nie. Nie pun nak kena ajar kew.






1 comments

Musim Ehm...Ehm...Hehehe




Allahai... setiap kali musim cuti skolah, masa tu juga la musim mengawan bagi kawan2 aku. Yerla... macam mana aku tak kata macam tu, stress jadinya aku setiap kali kekawan call kata nak datang umah. Kalu datang nak melawat aku tak pa la, tapi nak menjemput ke "majlis' mereka a.k.a majlis ehm..ehm (ups terlebih sudah).

"...ampunkan saya penunggu gua, ampunkan saya penunggu gua..."

Pengantin yang aku raikan pada 6 Jun ari tu ntah kawan aku yang ke berapa yang kawen. Yang dah lepas tu siap sederet anak. Nampak gayanya kawan aku si Syuhada ni akan mengalami nasib yang sama. Hehehehe.... Kekawan aku pasti angin kalu datang jemput aku ke kenduri kawen diorang apa tidaknya, sesampai aje di rumah aku trus aku kata "...musim mengawan dah tiba...". Tersimpul malu diorang dengan aku. Tapi kekawan aku nie rock sebab diorang dah tahu perangai aku. Mulut je jahat tapi hati baik...hehehehe (angkat bakul mak aku pegi market sendiri... mampukah aku)


Tapi aku sekarang sedang menuju ke jalan perubahan. Think first before talk. Sebab pernah terjadi sesuatu yang aku kesali pada kawan baik aku (sebaik2nya). Kerana mulut santan binasa. Tapi bak kata kakak kesayangan aku one-na .... aku juga ada maruah diri (dignity). So jaga maruah tu. I've done my part... aku mintak maaf then up to her la to think about it. Aku sekarang dah nak buang rasa2 bersalah nie. Still ada kawan lain yang mungkin memahami aku nie. Sorang kawan hilang, mungkin yang lain akan datang. Bak kata orang, sorang pegi, soploh datang...

Okayla...enjoy la gambar2 pasangan yang sedang berbulan madu di angkasa lepas. Hehehehe....




"...wahhhhh....aku bila lagi... agaknya bila la sang puteri kayangan nak datang meminang aku (ade kew)..."






1 comments

Hi... I'm B.A.C.K Again



As-Salam... pekabo kawan2 sume. Harap korang sihat sojahtora. Ups...lidah dah tercakap Nogori, mungkin aku dok asyik bangat membaca blog kak tijah kita. Syiok abis la blog kak tijah kita, sampe mak aku heran tengaok aku golak berdekah2 depan PC nie. Kak tijah kita nie aku suka siot sebab bahse yang die guno. Kalu korang tak mo percaya, korang kena percaya jugak cakap aku. Abis cite. Aku nak promo skit blog dia. Korang click aje link nie. Aku dah mudah kan untuk korang.

Tapi korang hati2 skit baca blog die, nanti terburai plak isi poyot korang. Enjoy kay.
1 comments