Followers

Saturday, December 26, 2009

As-Sahrah - Online Boutique



Assalamualaikum kekawan semua.

As-Sahrah telah dilancarkan dan masih dalam proses pembinaan. As-Sahrah adalah online butik yang akan memasarkan produk-produk Muslim terutamannya pakaian. As-Sahrah memasarkan produk2 seperti jubah, tudung dan kain ela serta menerima tempahan pakaian dimana saya yang akan melakarkan rekaan untuk anda.


Harap kekawan semua dapat memberikan sokongan dengan menghebahkan kepada orang ramai tentang online butik ini. Sekian, terima kasih.







2 comments

Tuesday, December 22, 2009

Muiz... Suatu Ketika Dahulu






Entry kali nie adalah tribute untuk anak menakan aku... sapa lagi kalu Si Muiz. Nie gambaq dia dulu masa belum skolah kot, aku agak la. Sooooo, tembam kan. Emm.. i like it. Sori Iz sebab Pak Chu pecahkan rasie Iz. Hehehehe..









3 comments

Friday, December 11, 2009

My Besday Present

I like it...

Ops.. terbalik la pulok
Ada gaya dak

Nie macam YB bagi bantuan kat penduduk... so skema..




Agak2 hampa semua, adakah aku dah tua..? Oh tidak, yang tua adalah nombor, dan aku masih menten. Hehehe... dok sedaq diri. Niwey, kemarin my group "SCANDALICIOUS" telah memprengkan aku. Hehehe.. bagi hadiah. Dah memang tradisi group kami. Setiap member birthday kena share bagi hadiah. So, last month was my turn. Tapi oleh sebab kami dapat gaji awai bulan lepaih, so my besday present di dibawa ke hadapan. So, kemarin dapat la hadiahnya.


Walaupun tak seberapa, tapi amat bermakna kerana ingatan mereka. Hehehe.. i'm so touching. Mekasih Miss Shaferlicious, Miss Endangered, dan Miss Voluptious. And me... Mr Delicious, sebab kuat makan. Hehehehehe...











4 comments

Thursday, December 10, 2009

Salam Takziah

Al-Fatihah...

Entry kali kali nie agak sedih. Dak mau lawak2 dah. Aku amat terkejut bila pepagi nie baca entri Kakak Katak. Mak tersayang die dah meninggal dunia petang Khamis kemarin. Ish, macam mana agaknya perasaan family Kakak Katak.

Pemergian mak Kakak Katak amat dirasai oleh saya sebab sebelum nie banyak kata2 nasihat yang saya bagi kat Kakak Katak semasa dia memula tahu yang mak die sakit. Masa tu nampak sangat Kakak Katak nie down.

Ya Allah, Kau kurniakanlah kekuatan kepada Kakak Katak dalam menjalani hari2 mendatang tanpa ibu tersayang disisi. Aku tahu, Kakak Katak seorang yang tabah. Kalu aku, tak tahu macam mana. Marilah kita sama2 sedekahkan Al-Fatihah kepada mereka yang telah pulang ke rahmatullah. Semoga roh mereka ditempatkan disisi orang2 yang beriman. Amin




Al-Fatihah




0 comments

Wednesday, December 2, 2009

New Product From PRUDENTIAL BSN Takaful - Takaful Health

Dengan Kad Perubatan Takaful Health, anda sakit kami cover dan sekiranya anda sihat kami bagi bonus. Hebatkan...

Adakah Anda Mampu Menyediakan RM 50,000 Dalam Masa Yang Singkat Sekiranya Doktor Pakar Anda Memerlukannya Sebagai Kos Rawatan Anda?*

Adakah Anda Mempunyai Simpanan Yang Terjamin Untuk Persaraan Dan Simpanan Pelajaran Anak Anda?*

Apakah Yang Akan Terjadi Kepada Keluarga Anda Sekiranya Sesuatu Terjadi Kepada Anda. Bagaimanakah Mereka Akan Menyara Kehidupan Mereka?

Sudahkah Anda Bersedia?

Jika Jawapan Anda TIDAK..... Anda Masih Belum Terlewat....

Produk Takaful Kami Akan Membantu Dengan Pelan Istimewa 3 Dalam 1


Give me a call at 017 - 462 8430 (Suhaimi)



0 comments

Tuesday, November 24, 2009

Me & Book... Not Facebook kay





Hahaha... jengjengjeng. Mesti hampa semua gayat bila baca tajuk entry nie kan. Yerla, aku dan buku, bagaikan enggang dengan pipit. Huduh bebenor bila bergandingan. Aku pun rasa geli geleman bila baca tajuk di atas. Tapi, bila dengan Sophie Kinsella. Semuanya berubah.



I like it. I love Sophie Kinsella books. Its make my oppinion about books change..(aisehmen, spiking London la plak). Nie semua stat bila aku tengok kawan aku, which is we call her.. Shaferlicious (sebab nama kumpulan kami Scandalicious) baca buku Conffession Of A Shopaholics. Aku tingin nak try, pas try yang nie, jadi ketagih yang kedua, dan kemudian yang ketiga dan akhirnya endup sampai yang kelima. Memang best sangat. Baru baca first page dah gelak pecah perut. Sampai kawan opis lain kehairanan tahap cipan bila tengok kami. Hehehehehe.. Nie tengah tulis entry nie pon dk senyum sengsorang... kahkahkah...


Hampa semua wajib baca semua buku dari Si Sophie sebab semuanya lawak gila. Sekarang aku tengah baca buku baru die 'Twenties Girl' sekerat. Nie pun best. Hehehehe.. Dan 'The Undomestic Goddess' pun baru sekerat aku baca.


Aku sekarang sedih sebab dah tak dak buku pasai si Rebecca Bloomwood, sebab semua kelima2 buka pasai dia aku dah baca. Sedihkan aku... hehehehehe. Aku yang menyedihkan..


Okayla... hampa layan la dulu cita pasai buku nie. Byebye....





"HIDUP SOPHIE KINSELLA"











3 comments

Sunday, November 22, 2009

PruBSN labur RM7j buka tujuh cawangan

KUALA LUMPUR 22 Dis. - Prudential BSN Takaful Bhd. (PruBSN) akan membelanjakan kira-kira RM7 juta bagi menubuhkan tujuh cawangan baru dalam 2009.

Ketua Pegawai Eksekutif PruBSN, Mohamad Salihuddin Ahmad berkata, dua cawangan pertama yang akan ditempatkan di Shah Alam dan Johor Bahru, dijadualkan memulakan operasi dalam suku pertama tahun depan.

"Lima cawangan lagi akan juga ditempatkan di ibu negeri. Penubuhan setiap cawangan baru ini menelan kos kira-kira sejuta ringgit," katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Syarikat yang ditubuhkan pada 2006 itu berhasrat memperkukuh kedudukannya di negara ini, kata Mohamad Salihuddin.

Pada masa ini, PruBSN mempunyai tiga pusat operasi di Kuala Lumpur, iaitu hab perkhidmatan berkongsi di Menara Yayasan Tun Razak, pusat pemasaran dan pentadbiran di Wangsa Maju dan ibu pejabatnya di Menara Prudential di Jalan Sultan Ismail.

PruBSN yang merupakan usaha sama milik 51:49 antara Bank Simpanan Nasional Bhd. dan Prudential itu, sehingga ini telah mengumpul caruman baru dan tetap berjumlah RM340 juta. Kira-kira 95 peratus produknya adalah dari segmen keluarga.

Meskipun baru menceburi perniagaan takaful dua tahun lalu, namun syarikat itu telah menguasai 35 agihan pasaran dari segi pertumbuhan perniagaan baru.

Mohamad Salihuddin mengaitkan pertumbuhan ini kepada pelbagai faktor, termasuk kakitangan dan ejennya yang dinamis.

"Kami berkembang dengan amat pesat. Daripada hanya 20 kakitangan, syarikat ini kini mempunyai 200 kakitangan dan kira-kira 9,000 ejen," katanya.

Daripada keseluruhan tenaga agensinya pada masa ini, 70 peratus adalah bukan Islam, dan ini mencerminkan kesedaran yang semakin meningkat serta semakin pentingnya perniagaan takaful.

Pemegang polisi PruBSN berjumlah 190,000, dan daripada jumlah ini 34 peratus terdiri daripada bukan Islam.

Kata Mohamad Salihuddin, syarikat itu ingin mencetuskan kesedaran di kalangan orang ramai bahawa takaful bukanlah semata-mata untuk umat Islam.

"Ia untuk semua. Takaful adalah satu sistem, dan tiada kaitan dengan anutan agama," tegasnya.

Menurutnya pasaran takaful di Malaysia masih belum diterokai kerana kadar penembusannya hanyalah 8.0 peratus berbanding 40 peratus bagi produk insurans konvensional.

Mohamad Salihuddin berkata, syarikat itu juga merancang untuk memperkenal satu produk baru, iaitu PruBSN ASAS, dalam suku pertama tahun depan.

Kata beliau, PruBSN akan terus memberikan tumpuan kepada segmen takaful keluarga berikutan kejayaan produk TAKAFULINK yang menyediakan perlindungan dengan pautan kepada tiga dana, iaitu dana ekuiti, dana terurus dan dana bon.

PruBSN adalah pengusaha takaful pertama yang menawarkan kad perubatan kepada pelanggan.

- Bernama

0 comments

Friday, November 20, 2009

Tujuh Sunnah Rasullulah SAW

“Cerdasnya orang yang beriman adalah, dia yang mampu mengolah hidupnya yang sesaat, yang sekejap untuk hidup yang panjang. Hidup bukan untuk hidup, tetapi hidup untuk Yang Maha Hidup. Hidup bukan untuk mati, tapi mati itulah untuk hidup.

Kita jangan takut mati, jangan mencari mati, jangan lupakan mati, tapi rindukan mati. Kerana, mati adalah pintu berjumpa dengan Allah SWT. Mati bukanlah cerita dalam akhir hidup, tapi mati adalah awal cerita sebenarnya, maka sambutlah kematian dengan penuh ketakwaan.

Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

Pertama: tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.

Kedua: membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.

Ketiga: jangan tinggalkan masjid terutama di waktu shubuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat: jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.

Kelima: jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.

Keenam: jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.

Ketujuh: amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.

0 comments

Friday, November 13, 2009

Cinta Ada

hohh..hohh..hohh..x2
hohh..hohh..hohh..x2

andai aku buta kan mata
dapatkah kau mendengarkan jujurnya
andai engkau tutup telinga
dapatkah kau melihat keikhlasannya

chorus:
aku cinta bukan dibayang mata
jauh dari bahasa
dekatkan ertinya
aku cinta bukannya disengaja
jauh dari wasangka
dekatkan hatinya
memang cinta ada dalam jiwa kita

andainya cinta itu buta
dapatkah kau mengubah pesonanya
andai mengalir air mata
dapatkah kau membezakan jelingnya

(chorus)

oh mengapa ada saksi yang tak memahami
wow..wow..wow..wow..
oh mengapa ada saksi yang disalah erti
oh aku cinta
oh jauh dari bahasa

(chorus)

memang cinta ada dalam jiwa kita...

1 comments

Monday, November 9, 2009

Ku Mencari


Puas Sudah,
Ku Mencari Kebahagiaan,
Di Sisi Teman-Teman,
Ku Dapat Hanya Kelalaian.

Ku Mencari Lagi,
Di Hati Seorang Kekasih,
Ku Dapat Hanya Kekecewaan.

Dan Ku Terus Mencari,
Dalam Meniti Hari,
Penuh Kekosongan.

Oh, Dimana Lagi Harus Ku Mencari,
Membawa Sekeping Hati,
Yang Sarat Kerinduan,
Rindu Yang Tiada Haluan.

Aku Keliru Sendiri,
Apa Yang Ku Cari,
Apa Yang Ku Perlukan,
Aku Masih Tidak Bisa Mengerti,
Yang Pasti... Kekosongan Hati Minta Diisi.

Sejenak Ku Tersedar,
Aku Mencari Cinta Agung,
Buat Jiwaku Yang Merindukan,
Hakikat Kebenaran,
Cahaya Yang Membelah Kegelapan,
Melimpah Cemerlang Mengisi Kekosongan.

Ku Sedar,
Destinasi Pencarian Di Sini,
Ku Mencari-Mu TUHAN,
Mengharap Keredhaan,
Menagih Kebahagiaan... Dan Sinar IMAN






2 comments

Wednesday, October 21, 2009

Rasa Raya Di PDC

5 Oktober ari tu, kami warga PDC menyambut Majlis Hari Raya PDC. Meriah sungguh suasana almaklum la kan, aku la yang menyerikan mejlis tu... wakahkahkah. Wat malu kat anak kucing jer. Time lunch tu, aku dan Kak Aiza la yang mengoferkan diri menjadi MC. Kami dua kan suka glamer... wahwahwah.

Ni Kak Ita & Misha... mendendangkan lagu raya... sedap sore depa

Nie antara peminat aku yang hadir petang tu... cis, peminat kew..pasan tak abis2 aku nie

Nie plak gerai rojak. Rojak Abang Fuad nie sedap sangat. Tu pasai, gerai dia bederet orang beratur. Sebabnya, sebab sedap sangat.


Ni plak Mr. Ah Eng and my GM Dato' Rosli tengah memotong ketupat masa majlis merasmikan jamuan ari tu. Bro yang pakai baju melayu tu plak, Presiden PKI, Mr Zul. Wah, lagak macam menari zapin kan. Smart2.

Jengjengjeng... drum roll plis....

*




*






*




*




*




*






*






*






Jengjengjeng... nie aku ngan Kak Aiza selaku MC atas keoferan diri kami sendiri. Nampak besaq kan aku... ishish cam denesor plak. Baju plak, i hate dat kaler, tapi pasai nak meching ngan Kak Aiza, terpaksa la.

3 comments

Tuesday, October 20, 2009

aku & selebriti

Raya Haji yang amat bertuah... aku jumpa Tok Ti di Sg Petani, Kedah. Raya Haji taun lepaih, Tok Ti and Tok K aye di Sungai Pentani, which is my mom nye kampung. Kiranya, mak aku and laki Tok Ti nie sekampung la kan.


Nie plak jumpa Tan Sri Hijjas Kasturi dan istri Puan Sri Angela (kalau aku tak silap). Aku jumpa Tan Sri nie di Penang International Conference di G Hotel. Kalau hampa nak tau Tan Sri nie la yang melahirkan idea mereka bangunan yang gah di Mesia nie, antaranya PICC, Bangunan Tabung Haji, Menara Alor Setar, Putrajaya dan banyak lagi. Dia sememangnya legenda.



Dis bro aku jumpa di KOMTAR Base Jump 2009 Ahad lepas. Kalu korang dak kenal, meh aku kenalkan. Dia nie la pembaca berita Astro Awani dan Awani Pagi. Mr Zaiful Ariffin. He's so friendly and down to earth. Dak sombong langsung. Nice knowing him.

********************************************

Sebenarnya banyak agi gambar aku ngan artis nie. Tapi biaq aku share yang nie ja. Sebab yang len tu semua artis semusim, cam artif AF la and kebagainya yang dak mendatangkan kebanggan negara...hehehe... Sori AF.


4 comments

Friday, October 16, 2009

Oh my god


Tengah aku dok mengorek2 blog kegemaran aku, aku terkorek blog aizatcintagoddess nie. Fulamak, dia amik gambar dengan Jaslene Gonzalez. Winner American Next Top Model Cycle 8. Dia adalah antara winner yang paling suka. Wajah eksotik die. Fulaweh... cun giler. Anyway kredit to Aizat... tuan punya blog and gambar. Thanks Aizat...


1 comments

Thursday, October 15, 2009

Achu's The great

Nak di jadikan cerita, kemarin lebih kuang pukul 5.15 petang, satu mesyuarat tergempar antara Achu's2 telah di adakan bertempat di hospital Pantai Mutiara. Kenapa di hospital, meh ikut aku ceritakan agenda mesyuarat ari tu. Hehehehe...


Nie Achu Mie & yang dok sakit kat belakang tu... Achu Tan


Korang teka mana satu nama Achu Tan

Nie plak Achu Ni... dia pong sakit gak tu... demam sesema



Nia gabungan antara Achu Mie & Achu Tan... jadi Achu Mietan



Nie plak Achu Jah & Achu Tan... jadi Achu Jahtan


Sian kan orang sakit nie... tu la bahananya kalu makan tak ingat... Aku pahan perasaan Achu Tan nie. Doc kata intestine dia bengkak, so tak leh makan pedas dan keras. Aku penah sakit sebab food poison nie. Kremp nak mampuih... sakit sangat. Sapa la yang letak rasun dalam makanan aku...???????? Hehehehe... bahana sedap mulut, main hentam ja makan. Jadi macam nie la.

So, meeting 4 Achu adalah berkaitan makanan dan makanan. Tengah Achu Tan dok mengerang sakit nie, Achu2 lain siap plan nak makan sup pedas kat restoran tomyam kat sebelah spital tu. Almaklumla kan, Achu Ni demam plus Achu Jah pose, so sepakat la nak makan luar. Durjana kan kami Achu2 yang lain kemarin kan.

Achu Tan, Achu Mie, Achu Jah & Achu Ni melaporkan agenda mesyuarat kemarin... sekian.







3 comments

Wednesday, October 14, 2009

Eeee... Pak chu gumuk....

Iz : Eeeee... Pak Chu gumuk la...
Aku : Iz la yang gumuk, tengok puyot Iz... besar kan. So, Iz la gumuk...hehehe
Iz : Dok... Pak Chu la yang gumuk...
Aku : Kahkahkah
Iz : Emmmm... (mungkin dlm hati dia suh aku terima kenyataan... hehehe)

Itulah perbualan usikan aku ngan anak menakan aku sebelum nie. Adakah kata2 anak menakan aku menjadi kenyataan. Oh.... tidak..



Wei... ada la dua tiga mulut dikeliling aku tegoq yang aku dah gumuk. Wahhhh... aku dah gumuk kew. Aku pun rasa aku dah gumuk. Yerla... mana idaknya, suar aku pun dah ketat. Apa aku nak buat. Kenapa dan mengapa aku gumuk...?


Tul la... aku dah gumuk.. sapa lagi gumuk ? Aku atau wanita sebelah aku.. ? hehehe



Dulu insan sebelah aku nie pun pernah mengalami masalah yang sama ngan aku iaitu...kegumukan. Tapi dia kuat dan rajin. Skang dah slim melim. Hola Mi Amor... itulah trade mark kami bila jumpa.. hehehehe...mesraaaaaaa... kan



Amacam... ada iras2 Fahrin Ahmad ke idok...? hehehe
Pose pun dah kira maut dah...


Ada aku kisah... korang kisah dak?
Apa yang penting... aku totap ase seksi....Muaahhhhhh
Yang penting... kerjasama...




5 comments

Saturday, October 10, 2009

Please update


Okayla... tahap kesabaran aku dah sampai ke kemuncak. Aku dah tahap boring cipan tunggu hampa update blog memasing. Kepada individu yang berkaitan seperti My Sister, Mr Farish Harmi, Kakak Katak Ayu, dan seramai2nya. Tolonglah update blog korang. Terutamanya Kakak Katak Ayu... Miez nak tahu perkembangan mak Kakak Katak. Plis semua.
4 comments

Monday, October 5, 2009

Me & Double Cheeky Little Man

HAnya tuhan ja tau betapa rengkuh nya aku angkat depa dua orhang

Aku tarik depa, paksa depa cium aku...hehehe


This cheeky little man... cium aku

****************************************************

Apa aku nak gelaq pada pixs di ataih nie. Leh dak aku pangge Gambaq Kasih Sayang... hehehe. Gambaq nie aku ambik masa raya ketiga, masa lepak kat rhumah tok kat Tikam Batu. Pixs ni aku snap bebetui tepi jalan rhaya. Almaklum la kan, bulan pun bulan rhaya. Hehehehe.

Dengan Cheeky Little Man nie kena ati2 skit bila suh dia cium kita. Dalam ciuman kecik dia tu amat berbisa, sebab lepaih cium kita, terdapat gigi2 kecik yang mencangkam pipi kita. Aduh... sakit yang teramat. Siap kena gigit balik dia untuk lepaihkan gigitan berbisa dia tu. Ya la, bila dia rasa sakit, baru dia lepaih kita balik. Adik2....

1 comments

Friday, October 2, 2009

Family Potrait

Atas permintaan peminat aku (wah.. ada ka) aku upload kan 2 keping pix family potrait aku with both side. Pix di atas side mak aku, and sebelah bawah plak side abah aku.




Dalam pix nie korang nampak dak mana satu Giant and mana satu Nobita. Si Nobita nie kecik aje, dan Si Giant plak besar dan tinggi. Hehehe... teka ? cepat teka.

5 comments

Aku Tak BIAS

Aku bukan nak nyebelah mana2 parti politik. Jika sebelum ni ada karikatur yang mengutuk menghina para pemimpin BN, skang nie plak aku dapat email dari kawan aku karikatur mengutuk atau menghina para pemimpin PR. Aku dak mo komen per2 pada karikatur2 nie. Aku nak share sebab lawak gila. Hehehehe







0 comments

Thursday, October 1, 2009

Hari Raya

Bebenaqnya, gambaq hari raya aku tak dan nak donlod dari memori card kamera kakak aku. Yang aku dan ada la dua, tiga keping gambaq yang diambil masa raya ke-2 di kampung aku di Tikam Batu, Sungai Petani, Kedah. Aku nie dak pandai nak buat kronologi (tul ke eje) sambutan ari raya aku. Aku hamtam ja. Hampa tengok la sendri.

Kat bawah nie ada la gambaq2 yang aku capture.



Memula si Faiz nie takut ngan bunga api. Tapi bila dipaksa oleh Pak Uda dia, dia jadi sonok plak. Tapi yang sronok tu, dia main sambil unduq belakang. Takut kena bunga api. Hehehehe... adik2



Dikeliling si Muiz & Faiz, ada pakcik2 & makcik2 sakan dari depa dua. Bunga api tu abis kat depa ja. Kanak2 Ribena la ampa nie


Nie plak, Si Muiz yang kami pekena die pake munge kat songkok dia. Cam penari zapin pun ada. Lepaih tu, aku suh dia buat pose sambil lari


Si Faiz plak beraya sampai tersesat dalam hutan pokok pisang. Awat la ang adik pi sampai situ. Seluas2 dunia. Kat situ gak dia pi.

(Pucat nye muke aku... mungkin dok tahan berat Si Faiz kot)

Pix nie boleh buat kaver majalah Pa & Ma. Hehehehe. Enjoy main ngan anak2 menakan aku nie. Tambah skali si Faiz nie. Very2 cheeky. Tarigh tlinga baru tau.

1 comments

Thursday, September 17, 2009

Salam Aidilfitri



Assalamualaikum WRTH... aku ucapkan kepada semua pembaca blog aku nie. Samada yang menyukai, membenci ataupun sekadar membaca perkembangan blog aku nie.



Tujuan aku berbloging nie adalah untuk meluahkan buah fikiran aku dan seterusnya menjadikan blog ini sebagai medium untuk mengekspritasikan idea aku, cara pemikiran aku dan pendapat aku.



Di sini juga aku ingin memohon maaf kepada kalian semua sekiranya terdapat salah faham, terkasar bahasa entri aku, ataupun entri aku sebelum ini telah mengguriskan perasaan korang tanpa aku sedari.



Di bulan yang mulia ini dan Syawal yang bakal menjelma tak lama lagi aku mohon maaf zahir dan batin dan aku ucapkan selamat menyambut Hari Raya ini dengan penuh kegembiraan dan kecerian. Disamping itu, jangan kita lupa pada yang serba kekurangan.



Pada kawan baik aku di alam maya ini, Mr.Reez, aku mohon maaf bebanyak sekiranya aku telah mengguriskan perasaan ko. Aku amat berterima kasih pada ko kerana sudi menjadi kawan aku. Aku amat menghargai persahabatan kita.



Pada de only one and theres no other than My Kak Tijah Sayang, Miez amat terhibur dengan setiap entri yang Kak Tijah buat. Kak Tijah dah menceriakan hari Miez selama nie dengan entri2 menggugat kestabilan otot2 poyot Miez. Tak tahan Kak Tijah. Taun nie Kak Tijah balik Penang, jangan lupa singgah umah. Akhir kata buat Kak Tijah, Selamat Hari Raya Aildilfitri... Maaf Zahir & Batin. LOVE U. Kim salam kat Cem yang pemes tu. Tak lupa gak pada hubbymu, Carlos.



Dan tak lupa gak pada Kakak Katak yang masih ayu, Miez mintak maaf bebanyak kalu ade salah paham selama kite berblogging. Miez amat menghargai perkenalan kita. Dengan harapan kite boleh berjumpa suatu hari nanti. Insyaallah.



Pada kawan2 dan sedare mare yang lain pun sama. Pada My Sister yang berado di Putrajaya, My Cousin Mazlina Hassan, pada The Pink Stilletos, pada Syazwani Abdul Hamid (The Pink Stilettos Sister), pada Ninie Ahmad, to My Best Buddy Shaferlicious dan pada yang lain2 yang mengenali saya seadanya.

Selamat Menyambut Aidilfitri Wal Faizin



Amin.



Al-Fatihah pada arwah abah.



2 comments