Followers

Monday, December 8, 2008

My A.I.D.I.L.A.D.H.A 1429H




************************************************


Emmmm..... this year nyer Raya Haji. Kami sekeluarga planning nak berhari raya di kampung my Mom di Tikam Batu, Sungai Petani, Kedah Darul Aman. That's what we did. Kami bertolak balik kampung pada tengahari Ahad lepas iaitu sehari sebelum Hari Raya Aidiladha. Pepagi selepas Subuh pagi tu, kami sekeluarga pergi menziarahi pusara arwah Abah dan membaca Surah Yasin. Actually, pagi tu kami boleh bertolak awal, tetapi mak dah join Akikah untuk my nephew Si Faiz jadi sementara nak tunggu daging lembu akikah sipa di proses. Mahu tak mahu kena tunggu hingga tengahari. Tu pun lepas dapat daging akikah tu, kami terus balik kampung.

Raya di kampung boleh la tahan. Tapi aku prefer raya di rumah aje. Nak tahu sebab die ? Sebab die adalah accomodation. Yerla, bila tido di rumah orang (walaupun umah atuk sendiri) memang tak selesa. Bantal tak cukup, bantal keras, dan paling yang mengganggu tido aku adalah NYAMUK. Nyamuk kampung ok, bukan nyamuk AEDES. Tapi semestinya aku memang enjoy setiap kali balik kampung. Dengan layan taraf 5 STAR oleh Achik Bedah aku, dengan ramah tamah dan riuh rendah adik beradik mak aku. Ohhhh...aku dah rindukan suasana itu.

Okla.... aku sambung di next post. Aku ader surprise yang menjadikan raya haji tahun nie amat bermakna bagi aku. Wait & See kay. Bye


1 comments:

rizz said...

slam aidil adha..sejuk mata aku tgok bendang sawah tu hehee