Followers

Tuesday, November 25, 2008

Al - F.A.T.I.H.A.H

Kak Ella & Arwah Mak Chak (Kanan)
My Late Abah
********************************************
Al-Fatihah.

Hari Khamis minggu lepas, genap 180 hari arwah abah pergi menghadap Ilahi. Cepat sungguh masa berlalu. Pada tarikh itu jugalah (20 November 2008) Mak Chak aku iaitu kakak ipar arwah abah pergi buat selama-lamanya. Aku ingat lagi masa abah meninggal, Mak Chak menangis sambil membelai rambut arwah abah, tapi sekarang dia juga menyusul pergi.

Arwah Mak Chak aku nie meninggal sebab sakit tua. Di samping tu die ade jugak la penyakit kencing manis dan darah tinggi. Kalu korang masih ingat pada entry aku yang lalu yang aku bermimpi gigi aku patah. Emmmm... sekarang menjadi kenyataan. Aku harap dan berdoa semoga aku tidak dapat mimpi tu lagi. Sebab ia sememangnya mengganggu jiwa aku dan ketenteraman jiwa.

Tahun nie merupakan tahun kesedihan dan dugaan bagi aku dan keluarga aku. Dalam tahun nie jugak iaitu 1 Mei, Tok Wan aku meninggal. Lepas tu plak, abah aku pada 29 Mei. Lepas tu plak, arwah Pak Ngah pada 7 Jun. Dan sekarang 20 November iaitu 3 hari selepas hari jadi aku, Mak Chak plak mengikuti mereka. Aku dan keluarga tidak sanggup lagi menanggung derita ini. Biarlah semuanya redha sekejap. Tapi apa nak buazt, ajal maut di tangan Tuhan. Kita berdoa aje lah.

Ok lah. Jumpa di next entry.




4 comments:

katak_78 said...

hi bro....katak_ayu teringat arwah abg katak_ayu...so sedey....mari kita sama bersedekah al-fatihah.....

rizz said...

al fatihah...

mrMiEZ said...

thanks mista rizz & katak_ayu...

tahun nie memang menduga keimanan kami...

al-fatihah...

katak_78 said...

miez: jom teka something kat blog katak_ayu..mana la tau betul ble dapat hadiah!Hurry!