Followers

Tuesday, October 28, 2008

My Holiday At K.A.M.P.U.N.G

Kincir angin rekaan arwah tok wan. arwah tok memang kreatif

My Late Father nyer PEK 522

Me...
My mom having KFC

Jalan menuju ke kubur arwah tok, tokwan & pak su

Pokok Nenas yang my Pak Jang tanam
Pokok Daun Palas....kalu korang tak pernah tengok
Family gathering... mengupas ikan billis
(From left : my mom, chik bedah and my mak lang)


Rumah peninggalan arwah tok & tok wan

Umah tok & tok wan

***************************************************
Cuti Deepavali ari tu, aku & family balik kampung. Tidur satu hari dua malam. Best giler bila sekali-sekala berjumlah. Family sebelah mak aku nie memang riuh skit. Terutamanya Cik Bedah aku. Sekali die ketawa, satu kampung tau. Siap jiran sebelah kata, ..."kalu bedah gelak sampai sini gelak, mesti ade sesapa datang umah"... . Sampai macam tu skali orang bleh tau. Tambah plak aku nie suka nyakat die. Nasib baik family mak aku nie jenis open, takde nak merajuk-rajuk atau tersentap.

Petang Ahad tu my Cik Bedah buat pulut kuning and rendang. Kata nya untuk sambut raya pose enam die and sambut my mum balik kampung. Dah 6 bulan mak tak balik kampung sebab masih dalam eddah. Sampai aje umah tok, Cik Bedah sambut kami dengan tangisan. Aku pun heran gak. Tapi bila ditanya, katanya dia seperti ternampak kelibat ABAH dalam kereta. Dan,dan aku pun sebak gak. Cik Bedah dengan arwah abah memang rapat.

Tahun nie memang satu tragedi / dugaan bagi kami sekeluarga. 1 Mei tok wan meninggal, 29 Mei my Abah meninggal dan 6 Jun abang mak yang sulong (my Pak Ngah) plak pegi meninggalkan kami semua.

Malam Ahad tu, my sis and cik Bedah belanja kami KFC. Best giler malam tu. Sambil makan sambil sembang. Malam tu jugak aku ngan my sis meng'deko'kan umah cik tu. Yer la. Posisi yang sama, boring tul. Kami ubah set kerusi, kabinet TV, TV dan kipas angin. Tapi aku lupa nak amik gamba before & after deko. Rase macam Eric Leong plak malam tu. Kata cik aku die suke dengan new look ruang tamu die.

Keesokan pgi tu plak, aku, my mom, cik bedah and mak jang pergi menziarahi kubur arwah tok, tok wan & pak su. Yang pegi jangan dilupai. Mulanya aku amik gamba kat kubur tu. Tapi lepas cik aku crite yang sepupu kitorang amik gambar kereta yang baru beli. Tapi yang peliknya atas kereta tu ade gamba mayat yang siap di kapan. Suspen aku. Eeeeeeee....seram aku dibuatnya.

Kami pulang ke Penang malam hari Isnin lepas Isyak. Cuti kat umah tok kali nie memang menyeronokkan dan aku enjoy skali dengan makanan yang sememangnya sedap.



2 comments:

1na said...

Ishhh... nie yang jeles nie.

rizz said...

best kan cuti kat kg..mis my mom n dad.uwaa