Followers

Friday, October 10, 2008

M.O.T.I.F Teresa Kok Saman Menyaman

1. Mengenepikan hak kebebasan bersuara media massa. Dia tidak mengaku yang dia menjadi barua dalam banyak masalah kepada orang Islam kini? Gambar dan blognya menunjukkan bagaimana dia anti Melayu-JAWI, anti- Islam (soal azan) dan anti polis.

2. Mencari populariti murahan. Tak ada jasa dan sumbangan Teresa melainkan dijadikan bahan berita sampah. Bom pun tak meletup. Kalau orang lain hendah membunuhnya, sudah tentu dia dibakar di dalam kereta atau bom dicampak semasa dia memandu kereta bukannya membuang di luar rumah. Itu bukan cara samseng ALONG, tapi cara budak kecil main bunga api.


3. Menutup malu kerana pernah mengatakan akan menyaman Utusan apabila kata-katanya 'makanan disediakan di dalam penjara lebih baik dari makanan anjing, baru-baru ini'. Teresa Kok juga tidak memohon maaf atas kata-katanya menghina orang miskin. Dia juga menyalahkan TV3 sedangkan kita meneliti setiap ayat diucap setiap kali ulang tayang.


4. Cuba menarik kemarahan orang Melayu dan akan menuduh orang Melayu sebagai bangsa Rasis sekiranya bertindak diluar batasan seperti mengungutnya atau mengancam nyawanya. Ini adalah propaganda politik untuk membunuh politik orang lain. Kita jangan hanyut dengan pemikiran sempit ini. Kita jangan terpengaruh dengan propaganda Teresa Kok 'memukul diri sendiri untuk mendapat simpati orang lain'.


5. Menutup segala kegagalan dan permasalahan di bawah pemerintahan Pakatan. Anwar sudah gagal menubuhkan kerajaan, jadi kreabiliti Pakatan menjunam ke paras najis di Alam Flora dan kepercayaan kepada Anwar sebagai pemimpin mereka sudah luntur!!!Mereka gagal menunaikan janji dan tanggungjawab dijanjikan selama ini. Bahkan, DAP Pulau Pinang memberitahu mereka akan membasmi kemiskinan di sana dalam masa setahun!!!Baginda Rasulullah s.a.w. dan khalifah Islam pun menjalankan pemerintahan dan reformasi ekonomi berabad-abad lamanya pun masih gagal membasmi kemiskinan modal insan apatah lagi DAP yang mahukan wang Petronas sebagai wang keturunan LIM untuk jayakan projek di Pulau Pinang. Kalau hendak mengurangkan kemiskinan, kemungkinan 'hampir-hampir' berjaya tetapi perlu ingat, kemiskinan berlaku bukan kerana kita mahu miskin tetapi keadaan persekitaran dan sistem ekonomi semasa. Kemiskinan rakyat Malaysia juga berpunca daripada kenaikan kos taraf hidup dan titik deflasi meningkat akibat keghairahan tokey-tokey Cina sewenang-wenangnya memanipulasi pasaran semasa.Cuba fikir, rakyat Amerika hidup dalam monopoli bisnes global dan ramai bergelar jutawan serta kaya-raya, kini sudah menjadi papa kalau tiada bantuan kerajaan sebagai suntikan dalam sistem ekonomi dan perbankan. Inikan pula kerajaan DAP Pulau Pinang mahu jadikan pengemis jutawan dan kaya-raya!!!Kalau Lim boleh menyuruh 'Dewa Datuk', iaitu dewa Cina yang berwarna merah selalunya di letak di depan premis perniagaan boleh memberi wang dengan mencampaknya dari langit, mungkin agenda DAP di Pulau Pinang menghapus orang miskin berjaya dalam masa setahun.PAS di Kelantan hampir 20 tahun pun gagal membawa kemajuan dan kemakmuran serta membasmi kemiskinan sifar walaupun sudah mengamalkan konsep membangun bersama-sama Islam. PAS pun tidak mampu membayar gaji dan memberi elaun kepada guru agama setaraf pendidik di sektor kerajaan.


6. Meniru gaya pemerintahan ala PAP Singapura, iaitu saman sebagai senjata menjatuhkan orang lain terutama mereka yang tidak sehaluan.


7. Teresa Kok seorang yang kudus? Suci? Mulia? Mak'sum? Masih berDARA (walaupun belum berkahwin)? Tindakan mengungut sesiapa yang akan mencemarkan nama Teresa Kok, akan dikenakan hukuman.Kalau Teresa Kok menghina orang Melayu, itu halal pula. Kalau DAP hina Melayu dan kerajaan, itu mendapat pahala PAS. (Tak sama dengan Pahala Islam, jangan salah faham).


8. Sebagai modal bagi tujuan politik dan modal pendapatan kepada parti. Kini ceramahnya, forum dan majlis yang diadakan oleh Pakatan sudah sunyi sepi. DAP perlukan modal kewangan, jadi dengan menyaman, dia akan memperolehi kapital politiknya dengan senang.


9. Memberi amaran kepada rakyat Malaysia dan Orang Melayu yang DAP bukan sebuah parti politik untuk pelbagai bangsa, sebaliknya mengamalkan politik wang saman.


10. Supaya orang simpati kepada Teresa Kok, kononnya dia dizalimi dan dianiayai memandangkan popularitinya kini di tahap tapak kaki.





[Petikan Daripada pkrpasdap.blogspot.com]

0 comments: