Followers

Tuesday, October 28, 2008

D.O.O.R Gift Majlis Hari Raya Aidilfitri 2008




*************************************************************

Emmmm..... mesti korang tunggu lama untuk mengetahui cerita lanjut kenapa aku marah and hangin sangat bila sebut aje pasal DOOR Gift untuk majlis jamuan hari raya aidilfitri 2008 opis aku anjurkan. Aku selaku Ketua Jawatankuasa Makanan terpaksa menyediakan door gift kepada tetamu yang hadir that mostly adalah kakitangan opis aku.

Hendak dijadikan cerita, mulanya our committee tidak mahu menyediakan doorgift tapi ramai kata tak berseri majlis kalu tak der door gift. Jadi aku dapat idea and present kat Presiden. Die stuju. Jadi door gift adalah pulut kacau. Aku nie kan baik sangat. Niat aku nak bantu jiran aku yang memang buat katering kecil-kecilan. Aku suruh die buat pulau kacau tu sebanyak 550 and letak dalam bekas kecil. Aku suh dia anggarkan setiap satu singgit. Jadi dia pun stuju, yerla.... bila dikira dia untuk banyak.

Satu bab selesai. Tapi aku dikejutkan dengan berita yang die buat pulut kacau tu seminggu awal dari majlis yang sepatutnya. Aku dah mula riso. Yer la. Boleh ker pulut kacau tu tahan sampai minggu depan. Aku mula cerita kan to my mummy mengenai kerisauan aku mengenai pulut kacau tu. And my mom say....."tawakkal aja la"... . Aku pun berdoa semoga kerisauan aku tidak menjadi realiti. AMIN.

Tiba hari Sabtu tu, team aku pun berkumpul di atrium opis aku and mula masuk kan 550 pulut kacau tu dalam bakul yang aku inspirasikan. Cantik dak bekas tu. Hehehehehehe.... its my idea ok. Mulanya bekas bakul tu team aku buat sebanyak 100 aje, iaitu untuk VIP and AJK , and staff opis aku bagi bese. Tapi bila datang our KU, and die tengok cantik, die suh buatkan untuk semua staf sama dengan VIP cume beza skit dari segi deko. Bila kami cakap tak cukup bajet, tetiba aje die kate our Latok approve extra bajet. Waduh, kenapa tak di ngomong awal-awal sih masa meeting ari tu. Kelam kabut jadi nya team aku.

Ape lagi, aku mintak la duit sama our Presiden and drove away with Kak Ayu cari bakul tambahan lagi 200 biji. Tapi kami hampa & terkilan sebab cuma ade 120 aje. Emmm...120 pun, 120 lah. Kami rembat aje, yerla daripada tak ada langsung. Pas hantar bekas bakul tu, aku and Kak Nora drive plak ke BAZAR. Jauh gak bazar tu dari opis aku. Dalam hati dok kata, ...."claim duit minyak".... . Hehehehehe..., minyak skang kan mahal. Sesampai bazar buat penat, sebab tak der pun bekas bakul tu. Bila ditanya, itu apek cakap itu pesen (design) lama. Ala apek.... wa tak kisah la pesen lama ke pesen baru. Janji ada, ma. Ish apek nie. Aku luku pala bawu tau.

Kami pulang dengan hampa. Jadi penyelesaian nya aku nak balut aje bekas pulut kacau tu dengan wrapping plastik. Jadi aku patah balik ke kedai memula yang aku beli bekas bakul tu. Tetiba aje ke kedai tu, saja ja tanya kot-kor ade x-tra bekas bakul tu. Itu apek cek store die, ada lagi bekas bakul tu. Tersorok skit. Bila kira cecukup aje 80 bekas nakul lagi. HAMPEH tul la lu apek. Ish...penat je wa pigi bazar cari ini bakul tau. Rase macam nak hempok aje bekas bakul tu atas pale lu la apek oi.

Sesudah siap sume nya. Team aku pun pulang ke umah memasing. Just tunggu majlis berlangsung aje. Tiba aje hari Isnin iaitu hari majlis yang ditunggu-tunggu. Team member aku call kate pulut kacau yang telah dihias cantik dengan bakul berbunga di atas telah ditimbuhi KULAT. Ya Allah.... kerisauan aku menjadi kenyetaan. Hampir kesemua nye naik kulat. Dan dan aku hangin dengan supplier tu. Rase macam tak mo halalkan duit tu. Yer la aku yang promote die buat. And suddenly jadi macam nie. Sapa yang malu ..."aku dan keluarga aku"... hehehehe.

Nak buat macam mana, majlis perlu jalan gak ang aku sibuk doa testing sound system untuk jadi emcee. Aku suh team member aku pilih yang mana dah rosak and belum. Yang belum rosak aku suh bagi pada VIP iaitu 60 orang. Yang lelain hold dulu door gift diorang. Nie yang buat aku hangin sesangat. Eeeeeeeeeeeee....................... to be continue.


2 comments:

rizz said...

laaaa cmtu ke ceritanya..ahhah klau aku pon hangenn bdn .haahhaaa

mrMiEZ said...

mekasih ris... ko paham gak perasaan aku...