Followers

Sunday, October 5, 2008

Coretan Di A.I.D.I.L.F.I.T.R.I (Part I)

Juadah di hari raya
Adik Faiz ngamuk di pagi raya. Die tak nak pakai baju melayu. Cuma sempat sarungkan samping aje... Still ngamuk sebab kiteorang paksa dia pakai baju melayu untuk sesi bergambar
Antara kuih muih yang dihidangkan
Its ME...... with new look
Me again with Adik Faiz
And me again with...... Abang Muiz
My Sis Ana family
**********************************************************
Aku harap tak terlambat lagi untuk aku ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua kaum muslimin & muslimat yang menyambut lebaran ini. Okay lah coretan kali ini berkisar persediaan mental & fizikal dalam menyambut lebaran tahun ini. Macam-macam dugaan yang datang pada 2 hari sebelum raya. Bukan nya dugaan besar pun, tapi sedikit sebanyak menggugat kemeriahan kami sekeluarga untuk berhari raya.

2 hari sebelum lebaran, bumi Malaysia terutamanya kawasan utara di simbah dengan air hujan yang tidak henti-henti dua hari berturut-turut. Kerisauan kami akhirnya terjadi iaitu air masuk rumah. Mcam mana nak raya nie, dah la posa kena kaut air pulak tu. Tapi kami sekeluarga tetap bersyukur & di kira bertuah berbanding insan lain yang terpaksa menyambut lebaran meredah air banjir. Syukur alhamdulillah....

Aku juga bersyukur kerana my brother in-law banyak membantu mengaut air... tanpa bantuan mu, letih gak kami sekeluarga. Tapi yang paling kesiannya, anak sedara aku Si Muiz dah bekali-kali tergelincir kerana berlari dalam takunga air. Cian Iz.....

Sebelum dugaan ini datang, kami sekeluarga dah plan nak masak macam-macam untuk juadah hari raya. Nak masak lontong (sayur lodeh), mee kari, nasi briyani, ketupat palas, kuah kacang dan macam-macam lagi. Tapi oleh kerana hujan yang turun tanpa henti, hampir kesemua juadah pebret aku di CANCEL kan. Yer la, sapa nak masak dengan barang keperluan yang terhad dan terpaksa memasak dalam takungan air.

Jadinya, pagi raya tu kami sempat siapkan lontong dan kuah kacang aje. Habis lontong mak aku. Kesian tetamu aku yang datang lewat. Mak aku masak sikit ler sebab plan nye nak masak menu lain, tapi sebab air masuk umah, maka lontong je la. Lontong mak aku nie sudah menjadi kegemaran tetamu-tetamu dan jejiran aku ni. Siap sebelum raya tanya aku "... mak masak lontong tak...". Hehehehehe....mak aku pun suka sebab ada juga yang suka die nye masakan. Okla...kita sampung lagi dalam my post PART II. Bye.


0 comments: