Followers

Thursday, September 25, 2008

Renung-Renung & F.I.K.I.R-F.I.K.I.R Kan

Lima Janji Anwar sekiranya jadi PM Apakah janji Anwar kepada penganut Kristian dalam majlis tertutup itu, seperti yang dilaporkan oleh Terence Netto, Malaysiakini? Berikut merupakan Lima Janji Anwar kepada penganut Kristian, jika beliau berjaya jadi PM:

Janji Pertama :
Beliau akan membangunkan sebuah negara Malaysia yang bebas dan demokratik serta berpegang teguh kepada Perlembagaan Merdeka.Persoalan yang menarik di sini adalah apakah maksud Anwar "Perlembagaan Merdeka"? Apakah "Perlembagaan Merdeka" tidak sama dengan "Perlembagaan Persekutuan" yang dibuat pada tahun 1957?Apakah "Perlembagaan Merdeka" bermaksud "Perlembagaan Rakyat" yang didraf oleh PUTERA dan AMCJA pada tahun 1947 bagi menggantikan Malayan Union ? Lagipun Anwar sering melaungkan terma "Rakyat".Kalau kita menonton filem dokumentari "Sepuluh Tahun Sebelum Merdeka", terbitan KOMAS, kita akan faham maksud "Perlembagaan Merdeka" kerana ia sama dengan "Perlembagaan Rakyat" yang didraf untuk menyamaratakan Melayu, Cina dan India pada tahun 1947.Lagipun KOMAS adalah di bawah tajaan KAF (Konrad Adenuaer Foundation) yang turut menaja filem itu. Malah pelakon-pelakonnya terdiri aktivis PKR, termasuk Ginie Lim, pegawai khas Anwar.

Janji Kedua :
Anwar berjanji tidak akan membentuk sebuah Negara Islam, seperti yang dislogankan PAS.Memang terlalu banyak kali Anwar memberi jaminan ini di luar negara dan kepada masyarakat bukan Islam. Sehingga ada yang berpendapat, penarikan semula slogan PAS, dari "Negara Islam" kepada "Negara Kebajikan" hasil kesungguhan Anwar membuktikan kata-katanya benar.Janji Ketiga : Beliau bersetuju membenarkan kalimah "Allah" yang digunakan oleh pihak Islam kepada penganut Kristian.

Janji Keempat :
Beliau akan memastikan kes murtad yang membabitkan orang bukan Islam tidak akan dibawa ke mahkamah syariah, kerana dakwanya mahkamah syariah sekarang ini lemah dan tidak mampu berlaku adil. Beliau memberi contoh kes S Moorthy.

Janji Kelima :
Beliau akan menjadi 'orang tengah' yang mampu mengawal DAP yang sekular dan PAS yang Islam. Beliau akan liberalkan kedua-dua pihak ini dengan PKR menjadi ketua.


[Petikan Daripada anwaribrahimdotcom.com]

0 comments: