Followers

Wednesday, September 17, 2008

16 September - G.I.M.I.K Atau Realiti

Aku pun hairan tengok keadaan politik tanah air sekarang. BN dengan masalah dalaman manakala Pakatan Rakyat dengan angan-angan mereka untuk menakluk tampok pemerintahan. Aku bukan nak masuk mana-mana parti, tapi kalau keadaan begini berterusan, ekonomi negara akan terus merudum. Yang merana rakyat bawahan yang tahu apa-apa.

Bagi Pakatan Rakyat, kenapa mahu merampas takhta pimpinan negara sekarang. Tunggulah pilihan raya akan datang dan bukan nya dengan cara memujuk Ahli Parlimen BN keluar parti. Bagi aku, cara macam tu adalah terdesak dan pengecut. Kalau benar rakyat mahukan perubahan, tunggu pilihan raya akan datang. Kita tengok berjaya atau tidak niat dan angan Pakatan Rakyat. Kalau Pakatan Rakyat terus dengan strategi mereka ini, aku takut huru-hara akan berlaku. Yang terkena dengan tempias politik nie adalah rakyat. Orang atasan juga yang senang.

Aku juga nak tengok gak macam mana Pakatan Rakyat perintah negara. Mesti huru-hara gak, entah-entah lagi teruk dari cara pemerintahan kerajaan sekarang. Ya la, Pakatan Rakyat juga macam BN. Ada parti komponen, mesti MP parti komponen tersebut juga mempunyai kepentingan politik dan mahukan tempat dalam barisan kabinet. Kalu MP yang tak dapat sebarang jawatan dalam kabinet, mesti MP tu jaga akan lompat parti. Itulah lumrah berparti politik ini. Itu lah yang perlu kita baray kalau nak berpolitik. Yang sesungguhnya politik nie kotor, tak kira mana parti politik pun. Rakyat bawahan tetap juga kena kuar rumah pergi keja and cari makan.

Bagi aku, politik nie kotor. Tak kira la parti mana yang memerintah. Baik BN atau Pakatan Rakyat. Masalah rasuah tetap ada, masalah kronisme juga tetap ada, dan akan terdapat MP sentap dan lain-lain lagi.

Tapi bagi aku yang berkaum M.E.L.A.Y.U, aku lebih suka BN terus memerintah. Seburuk-buruk BN, sebangkai-bangkai BN, sebusuk-busuk BN pun, parti tersebut tetap dan akan terus mempertahankan serta menjaga keistimewaan Melayu. Fikir-fikirkan lah....

Ok la....tak mo cakap banyak-banyak. Bye semua

0 comments: