Followers

Monday, September 29, 2008

2 M.A.L.A.M Sebelum Raya

3 penjuru.
My cousin yang datang dari Sungai Petani untuk berbuka with us. Diorang tengah melayan Muiz main bunga api
Besh nye Muiz main bunga api. Teringat zaman kanak-kanak aku.
Adik Faiz yang ketakutan didukung oleh my cousin. Takut dengan bunyi mercun . Cian adik.
Eeeeee....tension tul. Dah dua hari hujan turun tanpa henti. Rumah dah masuk air dah nie. Macam mana nak sambut lebaran nie. Aku dah check laman web kaji cuaca, and menurut ramalan, hujan akan turun pada semua tempat di semenanjung Malaysia terutamanya bahagian utara. Nampak nya lebaran kali nie kurang meriah la. Makanan yang kami plan nak masak kemungkinannya akan dibatalkan. Yerla sebab air masuk umah jadi nak masak pun tak der MOOD.

Me....again
Muiz yang fotogenik.
Pandai pose Muiz nie.
SMILE







4 comments

Friday, September 26, 2008

Tahun 1.9.9.7

*******************************************************

1997 sekali lagi Anwar mengambil kesempatan atas masalah ekonomi bagi mencetuskan kemarahan rakyat terhadap kerajaan terutamanya Perdana Menteri, tun Dr. Mahathir. Ketika dilanda krisis matawang, Anwar menyerang polisi kerajaan dari dalam dengan menuduh Dr. Mahathir antara punca masalah ekonomi negara ketika itu. Anwar sedar rakyat yang susah dan marah akan bangkit dijalanan bagi menjatuhkan Perdana Menteri.Jadi sebagai Menteri Kewangan beliau memulakan langkah-langkah menjerut rakyat.

Kadar pinjaman Asas (BLR) dan kadar faedah dinaikkan berkali ganda. Beliau juga mengguna pakai pelbagai saranan IMF yang menyusahkan rakyat kerana ia telah berkesan ketika itu menjatuhkan Perdana Menteri Thailand dan Presiden Indonesia.Anwar menghalang usaha membantu syarikat-syarikat bermasalah ketika itu akibat kejatuhan matawang negara. Beliau menggunakan mantera-mantera barat seperti kronisme, nepotisme dan bail-out boleh meruntuhkan ekonomi negara bagi menghalang sebarang usaha pemulihan syarikat-syarikat besar ini.

Tujuan Anwar ketika itu ialah mahu melihat syarikat-syarikat ini jatuh dan menyebabkan puluhan ribu rakyat hilang mata pencarian. Jika ini berlaku sudah tentu lagi ramai yang marah kepada kerajaan dan ini akan mempercepatkan proses perubahan kuasa dari Dr. Mahathir kepada beliau.Demikian bagi Anwar, rakyat yang menderita ialah satu kebaikan kepadanya, kerana ini akan mempercepatkan kejatuhan musuh politiknya. Anwar sanggup meletakkan negara ini di bawah telunjuk IMF asalkan beliau berjaya menjadi Perdana Menteri. Nasib baik Dr. Mahathir ketika itu cepat sedar permainan licik Anwar.

Justeru jika hari ini pelaburan asing makin berkurangan dan ramai yang keluar, adalah tidak mustahil ini merupakan rancangan kali kedua US untuk menjadikan Anwar sebagai PM setelah gagal pada 1997.Siapakah Anwar yang begitu istimewa kepada US dan Barat akan terus menjadi tanda tanya. Cuma yang kita pasti, Anwar akan melakukan apa sahaja untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia hatta jika perlu "mengorbankan" sebahagian rakyat pun.


[Petikan Daripada Blog anwaribrahimdotcom.com]

0 comments

Thursday, September 25, 2008

Renung-Renung & F.I.K.I.R-F.I.K.I.R Kan

Lima Janji Anwar sekiranya jadi PM Apakah janji Anwar kepada penganut Kristian dalam majlis tertutup itu, seperti yang dilaporkan oleh Terence Netto, Malaysiakini? Berikut merupakan Lima Janji Anwar kepada penganut Kristian, jika beliau berjaya jadi PM:

Janji Pertama :
Beliau akan membangunkan sebuah negara Malaysia yang bebas dan demokratik serta berpegang teguh kepada Perlembagaan Merdeka.Persoalan yang menarik di sini adalah apakah maksud Anwar "Perlembagaan Merdeka"? Apakah "Perlembagaan Merdeka" tidak sama dengan "Perlembagaan Persekutuan" yang dibuat pada tahun 1957?Apakah "Perlembagaan Merdeka" bermaksud "Perlembagaan Rakyat" yang didraf oleh PUTERA dan AMCJA pada tahun 1947 bagi menggantikan Malayan Union ? Lagipun Anwar sering melaungkan terma "Rakyat".Kalau kita menonton filem dokumentari "Sepuluh Tahun Sebelum Merdeka", terbitan KOMAS, kita akan faham maksud "Perlembagaan Merdeka" kerana ia sama dengan "Perlembagaan Rakyat" yang didraf untuk menyamaratakan Melayu, Cina dan India pada tahun 1947.Lagipun KOMAS adalah di bawah tajaan KAF (Konrad Adenuaer Foundation) yang turut menaja filem itu. Malah pelakon-pelakonnya terdiri aktivis PKR, termasuk Ginie Lim, pegawai khas Anwar.

Janji Kedua :
Anwar berjanji tidak akan membentuk sebuah Negara Islam, seperti yang dislogankan PAS.Memang terlalu banyak kali Anwar memberi jaminan ini di luar negara dan kepada masyarakat bukan Islam. Sehingga ada yang berpendapat, penarikan semula slogan PAS, dari "Negara Islam" kepada "Negara Kebajikan" hasil kesungguhan Anwar membuktikan kata-katanya benar.Janji Ketiga : Beliau bersetuju membenarkan kalimah "Allah" yang digunakan oleh pihak Islam kepada penganut Kristian.

Janji Keempat :
Beliau akan memastikan kes murtad yang membabitkan orang bukan Islam tidak akan dibawa ke mahkamah syariah, kerana dakwanya mahkamah syariah sekarang ini lemah dan tidak mampu berlaku adil. Beliau memberi contoh kes S Moorthy.

Janji Kelima :
Beliau akan menjadi 'orang tengah' yang mampu mengawal DAP yang sekular dan PAS yang Islam. Beliau akan liberalkan kedua-dua pihak ini dengan PKR menjadi ketua.


[Petikan Daripada anwaribrahimdotcom.com]

0 comments

Aidilfitri E - C.A.R.D


My E-Card Aidilfitri from my fwen a.k.a sis.... Kak Aiza & family...thanks sis

**********************************************************************



E-Card Aidilfitri from my bloger's fwen....thanks ya Mista Reez


0 comments

Salam A.I.D.I.L.F.I.T.R.I


************************************************************

Sempena Aidilfitri yang bakal menjelma tak lama lagi, aku dengan rendah diri memohon maaf zahir & batin kepada semua kaum Muslimin & Muslimat di Malaysia, kaum keluarga aku terutamanya kekanda aku Kak Ana (irisku.blogspot.com) sekeluarga, kekawan sekolah aku yang view blog aku, kekawan opis terutamanya Kak Ayu and Kak Aiza (shaferlicious.blogspot.com) sekeluarga. Kawan aku di alam blogging nie Mista Reez (rizzirhamy.blogspot.com) dan sesapa yang mengenali diriku ini.


1 comments

Wednesday, September 24, 2008

My F.R.I.E.N.D.S

My fwen... (From Left) Husna, Nurul, Nadz & Mommy


Me and Erna....she's pregnant 4 months

Me, Husna, Nad and Erna

************************************************************

Malam tadi, kawan aku ajak kuar bukak posa dengan diorang. Tapi aku tak mo sebab diorang nak bebuka di restoran nasi kandar. Aku tak gemar sangat makan nasi kandar di bulan posa nie. Diorang kuar berempat tanpa aku, tapi tuptup...kawan aku nie call kate diorang sume ade kat umah kawan aku yang sorang lagi (my friend a.k.a my neighbour) and ajak aku joint diorang.

Havoc gak kami malam pas bebuka tu. Riuh rendah dengan gelak tawa kami. Yer la dah jejarang jumpa. Yang sorang kawan aku nie dah kawen and ikut husband die dok di T'gganu and die peknen 4 bulan (tahniah fwen).

So bila jumpa, macam-macam la lawak yang kuar. Yang best nyer, sume kawan aku macam aku gak... gila-gila. Okay lah....aku dah tak tau nak tulis apa-apa dah. Jumpa lagi kat my new post.


2 comments

Monday, September 22, 2008

B.A.L.I.K Kampung & Aidilfitri 1429



Gambar Famili Semasa Aidilfitri Yang Lalu Bersama Arwah Abah

***********************************************************

Balik Kampung By Sudirman


Perjalanan Jauh Tak Ku Rasa

Kerna Hati Ku Melonjak Sama

Ingin Berjumpa Sanak Saudara

Yang Selalu Bermain Di Mata

Nun Menghijau Gunung Ladang Dan Rimba

Langit Nan Tinggi Bertambah Birunya

Deru Angin Turut Sama Berlagu

Semuanya Bagaikan Turut Gembira

Balik Kampung....OhOh (3X)

Hati Girang

Hoho...Balik Kampung....(3X)

Hati Girang

Terbayang-Bayang Wajah Yang Ku Sayang

Satu-Satu Tersemat Di Kalbu

Pasti Terubat Rindu Di Hati

Menyambut Kepulangan Ku Nanti

**********************************************

Eeeee....tak berapa hari lagi kita kaum Muslim bakal menyambut Hari Raya Aidilfitri. Tapi tahun nie kemeriahannya kurang sikit sebab kami sekeluarga kan beraya tanpa abah untuk aku kami adik beradik untuk cium tangan die. 1 Syawal nanti genap 130 hari arwah abah pergi meninggalkan kami dan mengadap Illahi. Al-Fatihah aku sedekah untuk arwah abah.

Persiapan raya aku ngan keluarga aku tetap meriah tapi ala kadar aje. Cuma baju je aku tempah sebelum puasa tapi tak siap-siap agi. Aku dah nak angin dah nie. Tunggu due date die 25 haribulan nie, kalu tak siap jugak akan aku amuk seluruh Penang sebab raya aku tak meriah tanpa baju melayu baru. Kuih muih kebanyakan nya aku beli aje, malas nak suruh mak atau my sis buatkan. Buat penat aje. Kalu ade orang tolong kemaskan lepas aku camuk dapur boleh la gak. Sape volunteer, leh daftar nagn saya. Kuih, ditambah plak kakak-kakak aku punya order and di tambah plak My Mum punye order... banyak gak atas meja raya nie.

Okla...di kesempatan Hari Raya yang bakal menjelang nie, aku sebagai BLOGGERS baru ingin memohon ampun dan maaf sekiranya aku ade buat silap ngan korang melalui POST aku yang lalu atau yang sewaktu dengannye. Dan aku akhiri dengan ucapan.......... .


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI


MAAF ZAHIR DAN BATIN



4 comments

Sunday, September 21, 2008

Madagascar 2 :E.S.C.A.P.E Africa


Jangan Lupa Menonton Cerita Kartun Madagascar 2 : Escape Africa Pada 13 November 2008 Nanti....


0 comments

Thursday, September 18, 2008

Jika 16 September T.E.R.C.A.P.A.I



Ini akan terjadi jika Pakatan Rakyat berjaya pada 16 September ari tu

0 comments

Wednesday, September 17, 2008

16 September - G.I.M.I.K Atau Realiti

Aku pun hairan tengok keadaan politik tanah air sekarang. BN dengan masalah dalaman manakala Pakatan Rakyat dengan angan-angan mereka untuk menakluk tampok pemerintahan. Aku bukan nak masuk mana-mana parti, tapi kalau keadaan begini berterusan, ekonomi negara akan terus merudum. Yang merana rakyat bawahan yang tahu apa-apa.

Bagi Pakatan Rakyat, kenapa mahu merampas takhta pimpinan negara sekarang. Tunggulah pilihan raya akan datang dan bukan nya dengan cara memujuk Ahli Parlimen BN keluar parti. Bagi aku, cara macam tu adalah terdesak dan pengecut. Kalau benar rakyat mahukan perubahan, tunggu pilihan raya akan datang. Kita tengok berjaya atau tidak niat dan angan Pakatan Rakyat. Kalau Pakatan Rakyat terus dengan strategi mereka ini, aku takut huru-hara akan berlaku. Yang terkena dengan tempias politik nie adalah rakyat. Orang atasan juga yang senang.

Aku juga nak tengok gak macam mana Pakatan Rakyat perintah negara. Mesti huru-hara gak, entah-entah lagi teruk dari cara pemerintahan kerajaan sekarang. Ya la, Pakatan Rakyat juga macam BN. Ada parti komponen, mesti MP parti komponen tersebut juga mempunyai kepentingan politik dan mahukan tempat dalam barisan kabinet. Kalu MP yang tak dapat sebarang jawatan dalam kabinet, mesti MP tu jaga akan lompat parti. Itulah lumrah berparti politik ini. Itu lah yang perlu kita baray kalau nak berpolitik. Yang sesungguhnya politik nie kotor, tak kira mana parti politik pun. Rakyat bawahan tetap juga kena kuar rumah pergi keja and cari makan.

Bagi aku, politik nie kotor. Tak kira la parti mana yang memerintah. Baik BN atau Pakatan Rakyat. Masalah rasuah tetap ada, masalah kronisme juga tetap ada, dan akan terdapat MP sentap dan lain-lain lagi.

Tapi bagi aku yang berkaum M.E.L.A.Y.U, aku lebih suka BN terus memerintah. Seburuk-buruk BN, sebangkai-bangkai BN, sebusuk-busuk BN pun, parti tersebut tetap dan akan terus mempertahankan serta menjaga keistimewaan Melayu. Fikir-fikirkan lah....

Ok la....tak mo cakap banyak-banyak. Bye semua
0 comments

Wednesday, September 10, 2008

Keep Getting Better By Christina Aguilera



Korang pernah terdengar dak lagu baru Christina Aguilera - Keep Getting Better. Best giler. Die nyanyi lagu masa buat performence di MTV Video Award 2008. Nie lirik lagu tersebut.

****************************************

Keep Getting Better By Christina Aguilera

keep back, gonna come at you fastI’m driving out of contro land getting ready to crashwon’t stop shaking up what i can i serve it up in a shotso suck it down like a man
so baby yes i know what i amand no i don’t give a damnand you’ll be lovin it
some days I’m a Super Bitchup to my old tricksbut it won’t last forevernext day I’m your Super Girlout to save the worldand it keeps gettin better
kiss kiss gonna tell you right nowi make it sweet on the lips and simply knock you outand shut up i don’t care what you saycause when we’re both in the ringyou’re gonna like it my way
yeah baby there’s a villain in meso sexy sour and sweetand you’ll be lovin it
some days I’m a Super Bitchup to my old tricksbut it won’t last forevernext day I’m your Super Girlout to save the worldand it keeps gettin better
hold onit keeps gettin betterhold onit keeps gettin better
in the blink of an eyein the speed of lightI’ll hold the universe upand make your planets collide
when i strap on my bootsand i slip on my suityou see the vixen in mebecomes an angel for you
some days I’m a Super Bitchup to my old tricksbut it won’t last forevernext day I’m your Super Girlout to save the worldand it keeps gettin better
some days I’m a Super Bitchup to my old tricksbut it won’t last forevernext day I’m your Super Girlout to save the worldand it keeps gettin better
hold onit keeps gettin betterhold onit keeps gettin better



1 comments

My New & Becoming F.R.A.G.R.A.N.C.E


Tengah mengidam giler perfume nie. THE ONE By Dolce & Gabbana. Eeeeee...geram aku tengok die.Tapi area Penang tak der. Ader di area KL aje. InsyaAllah, kau akan ku Miliki. AMIN......




Helo guys. Sorry sebab lama tak post something. Anyway this is my new frangrance that I bought today. Mesti ramai yang terkejut sebab Hypnose By LANCOME nie untuk perempuan. Tapi bak kata pepatah yang my cousin kate "...perfume nie unisex, and bukan nye orang tau bau tu untuk pompuan or lelaki. Janji wangi...".



1 comments

Sunday, September 7, 2008

Kenapa Melayu Perlu Pohon M.A.A.F ?

1. Baru-baru ini Kerajaan dan Timbalan Perdana Menteri serta Menteri-Menteri sibuk memohon maaf kepada orang Cina dan India kerana apa yang dikatakan kata-kata yang dianggap sebagai terlalu perkauman (racist) yang telah disebut oleh beberapa pemimpin Melayu.

2. Sebenarnya orang Melayu sekarang amat takut jika mereka diberi label "racist". Mereka menulis dalam akhbar yang orang Melayu bukan racist. Demikianlah ketakutan mereka sehingga apabila hak mereka di buruk-burukan dan diserang, mereka tidak berani mempertahankan diri mereka.

3. Malang bagi TPM dan Kerajaan Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi setelah memohon maaf secara terbuka permohonan maaf daripada pemimpin tertinggi Umno ditolak oleh pemimpin-pemimpin kaum berkenaan. Mereka menuntut supaya orang yang perkatakan perkataan yang dilabel "racist" sendiri memohon maaf.

4. Satu lagi peristiwa yang memalukan ialah apabila Kerajaan hantar seorang Menteri untuk minta maaf daripada Kerajaan Cina kerana kononnya wanita rakyat negara Cina telah ditelanjang oleh polis dan ini direkod dalam video.

5. Kemudian didapati wanita itu bukan rakyat negara Cina dan bukan pun Cina Malaysia. Dia adalah seorang perempuan Melayu.

6. Sebaliknya, apabila orang yang bukan Melayu mengeluar perkataan atau catitan yang boleh ditafsir sebagai racist, orang Melayu tidak pernah tuntut supaya pihak berkuasa memohon maaf.

7. Dalam Memo Hindraf ke Perdana Menteri UK banyak perkataan yang terlampau dan racist terdapat didalamnya. Contoh:a) Kerajaan dikatakan dibantu oleh "Islamic Extremist violent armed terrorists" (orang Melayu)b) Mereka berkata Kerajaan Malaysia melakukan "Ethnic Cleansing" iaitu Kerajaan sedang membunuh dan menghapuskan orang Tamil.c) 100 orang keturunan India "ditetak dan dibunuh oleh Kerajaan yang dikuasai oleh UMNO." Perbuatan ini kononnya adalah "mini genocide" (pembunuhan beramai-ramai mini)d) Tiap tiga minggu kuil Hindu diroboh.e) Kerajaan yang kononnya dikuasai oleh UMNO telah lancar serangan bersenjata dengan 600 anggota polis, polis simpanan, pelampau Islam dan pengganas (terrorist) bersenjata (orang Melayu).f) Pegawai Bandaraya dan Polis dikatakan membaling batu dan menyerang orang Hindu dengan pisau, kayu dan batang besi. Kononya 20 orang Hindu mengalami cedera parah.

8. Tulisan dalam memo Hindraf ini bukan sahaja racist tetapi juga "seditious"(hasutan).

9. Seorang penuntut universiti Wee Meng Chee telah perlekehkan Negaraku dengan mengguna lagu Negaraku tetapi dengan lirik yang mempermainkan sembahyang dan azan orang Melayu (Islam). Azan dijadikan duet lagu cinta.

10. Apakah mereka dikehendaki memohon maaf? Apakah pemimpin mereka dikehendaki memohon maaf? Jauh sekali. Sebenarnya Wee dipertahan oleh pemimpin-pemimpin parti Cina dan anggota Hindraf dibebaskan daripada tahanan dan ada yang dengan bebasnya bertanding dalam pilihanraya dan menang menjadi wakil rakyat.

11. Mereka menuntut supaya tidak ada diskriminasi oleh Kerajaan. Tetapi nampaknya mereka bukan sahaja bebas malah mendapat kehormatan dengan dipanggil "Yang Berhormat" setelah berkata perkataan yang amat keterlaluan bahkan merupa hasutan.

12. Soalnya kenapakah Kerajaan berat sebelah, menyembunyi kata-kata racist Hindraf tetapi melapur dengan meluas apa yang dikatakan oleh pemimpin Melayu. Kenapakah Menteri keturunan India atau ketua-ketua kaum India tidak dikehendaki memohon maaf ?

13. Sesungguhnya keadaan hubungan antara kaum bukan lebih baik hasil PRU 2008, tetapi ia menjadi amat buruk. Mungkin saya dituduh sebagai menyumbang kepada keadaan melalui tulisan saya. Tetapi pada saya amatlah tidak adil jika satu pihak dapat kebebasan sedangkan pihak yang ditohmah tidak boleh buka mulut.


[Petikan Daripada Artikel Che Det.com]
0 comments

Wednesday, September 3, 2008

My N.E.P.H.E.W

Kreatif... Muiz Main Denga 'Hanger'

Muiz & Faiz Tidur Atas Bonet Kereta Tengok Persembahan Bunga Api


2 comments

Monday, September 1, 2008

100 H.A.R.I


Al-Fatihah...Hari nie genap Arwah Abah pergi mangadap Ilahi. Tapi bagi aku, aku rasa macam die still ade dekat aku dirumah. Setiap kali aku mimpi, aku akan mimpi die seperti sekali dengan kami sekeluarga. Setelah die tak der, baru aku rasa bagaimana hidup tanpa ayah, baru sekarang aku terasa bagaimana menghargai seorang yang aku panggil Abah. Bila aku renung gambar die, aku akan secara otomatik menitiskan air mata. Okla...insyaAllah selepas raya enam kami sekeluarga akan adakan sedikit kenduri tahli dan bacaan Yasin dan sekaligus kami adakan "Open House".


"...Al-Fatihah..."


1 comments