Followers

Tuesday, August 26, 2008

Polling Result At Parlimen Permatang P.A.U.H

Jadual Keputusan Pilihanraya Kecil Permatang Pauh P44

**************************************

Emmmm......Tidak ada apa-apa kata atau perasaan aku pada masa ini mengenai keputusan Piliharaya Kecil Parlimen Permatang Pauh - P44. Nampaknya penduduk Parlimen Permatang Pauh masih buta dengan apa yang berlaku. Mereka seolah menutup mata dengan apa yang akan berlaku kepada bangsa Malaysia terutamanya bangsa aku sekarang iaitu M.E.L.A.Y.U. Nampaknya peluang Datuk Seri Anwar Bin Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri terbuka luas. Kalau beliau berjaya sekalipun, laluannya nampak susah kerana terpaksa melayan kerenah parti komponen di dalam Pakatan Rakyat.


DAP dengan agendanya untuk menghalang pembentukan negara Islam iaitu agama yang aku anuti sekarang manakala PAS dengan agendanya untuk membentuk negara Islam dan melaksanakan hukum hudud. PAS juga telah bersuara untuk melantik presiden mereka menjadi Perdana Menteri apabila Pakatan Rakyat berjaya menawan Putrajaya. Kemanakah Datuk Seri Anwar Ibrahim akan berpihak. Jika tidak, akan terdapat MP yang tidak berpuas hati dengannya dan akan berpaling tadah. Ramai menyatakan BN dilihat telah tidak releven lagi, banyak rasuah dan macam-macam lagi. Tapi ingat BN tidak memperjudikan masa depan dan hak istimewa Melayu. Di Malaysia, tidak kiralah parti mana yang memerintah, gejala rasuah tetap ada. Baik BN, Keadilan ataupun DAP. Bak kata Abang Nabil "...hang pikiaq la sendiri...".

Aku teramat risau dengan kebajikan bangsa aku sendiri, dimana DEB akan dimansuhkan, UiTM akan dibuka kepada bangsa lain, sign board jalan sekarang sudah dibuang perkataan jawi dan digantikan dengan bahawa Cina dan India. Dan apa agaknya lagi yang akan bangsa Melayu akan hadapi sekiranya Pakatan Rakyat menawan Putrajaya. Setelah sedikit demi sedikit keistimewaan Melayu ditarik. Memang BN dilihat seperti tidak menjaga kebajikan rakyat, tetapi sekurang-kurangnya Hak Istimewa Melayu dan kebajikan mereka terjaga. Emmmmm......rakyat Malaysia yang berbangsa M.E.L.A.Y.U, tepuk dada tanya selera anda.


0 comments: