Followers

Sunday, August 17, 2008

D.U.G.A.A.N I


Pertama sekali dan mula-mula sekali aku nak ucapkan syukur ALHAMDULILLAH kepada Allah SWT kerana terdapat insan-insan yang tak sudah-sudah menabur cerita yang tak betul tentang aku. Aku pun hairan, kenapa selepas kematian Arwah ABAH, macam-macam yang terjadi kat aku. Kawan terdekat aku nie pun boleh termakan cerita nie, nie kan pulak kawan-kawan lain-lain.

Al-kisahnya memang silap aku dalam menilai seorang kawan yang bergelar wanita. Sebelum tu ramai dah kekawan aku yang menghalang aku dari 'propose' this Miss X. Aku bukan tangkap cintan sangat dengan die, cuma gatal tangan nak try test feeling tangkap cintan aku nie. Tak sangka plak ending die aku yang kena. Kalu aku tangkap cintan dengan die, dah tentu aku skarang tengah giler bayang ngan die. Tapi aku tak der per-per pun. Memang pada mulanya aku minat (bukan cinta) dekat Miss X tapi setelah mendapat nasihat dari kekawan aku diamkan dulu niat aku. Sebab kengkawan aku nie ramai yang tahu perangai DIVA Miss X nie. Tapi entah macam mana, hati nie terdetik dan tangan yang gatal untuk 'propose' Miss X dengan menghantar MSG kepadanya dengan mengakui yang aku nak kenal lebih dekat dengan die. (dengan niat yang ikhlas dan jujur).

Beberapa MSG aku hantar tapi satu pun tak berbalas. Tup...tup pagi tu die balas MSG aku. Bunyi MSG die adalah macam nie "...hang jangan bagi aku benci kat hang, hang jangan MSG aku dah dan hang jangan bagi aku malu kat kawan-kawan aku. Hang jangan perasan kata aku suka kat hang..." lebih kurang macam itulah MSG die. Aku masa tu terkejut beruk dengan kata-kata Miss X nie sebab dari rupa die yang boleh tahan tu, tergamak die cakap macam tu. Dan aku balas MSG die balik dengan mengatakan "...aku minta maaf dan aku tak buat lagi...". Itu je MSG aku dengan perasaan kesal dan terkilan dengan MSG die.

I still can be friend with her kalu die tak hina jatuhkan maruah aku dengan MSG tu. Aku mula jarak kan diri aku dengan die. Try to avoid her. Dah lebih kurang satu setengah bulan I try to avoid her bukan sebab kecewa kerana dia reject aku tapi sebab die hina aku. Die ingat die sape nak hina aku dengan hantar MSG tu.

Satu hari aku buat kan dan hantar satu memo untuk memohon sumbangan dari ahli-ahli persatuan tempat aku kerja untuk pesakit leukimia dan lain-lain pemohon sumbangan. Miss X jadi wakil mengutip sumbangan tersebut bagi division die. Aku dengan profesionalnya hantar memo tu kat die. Aku letak elok-elok memo tu dalam tray die dan aku kuar.

Tup-tup...esok tu. My friend Miss E call and kate Miss X datang jumpa die and minta Miss E nasihatkan aku. Kate Miss E, Miss X datang kat die and suruh Miss E nasihat aku supaya lebih matang. Kate Miss E lagi, Miss X kate aku hempok/hempas memo tu yang tebal nye cuma 3 helai atas meja die and satu division die tekejut dengan perangai aku (nampak sangat menipu & berunsur fitnah). Korang leh percaye ke, memo yang tebal die tiga helai tu boleh menghasilkan bunyi yang kuat dan boleh mengejut kan orang sekeliling. Lepas dapat call tu aku turun division die and tanya collegues die. Diorang kate tak der aper2 pun yang diorang nak terkejutkan. Kate sorang saksi Mr L, die prasan aku letak memo tu dalam tray Miss X, tapi die kate die tak lak nampak aku hempas/hempok memo atas meja die sampai die and kekawan lain terkejut seperti yang didakwa oleh Miss X. Die pun hairan dengan sikap aku petang tu. Die tanye Miss X, kenape dengan aku sebab selalunya aku akan sembang dengan Miss X (I use to be a close friend with Miss X) dulu and baru kuar (Mr L tak tahu kes aku dengan Miss X nie).


to be continue

0 comments: