Followers

Sunday, August 24, 2008

BN - Win Or Lose ?


B.N - Campaign Material

Masih ada harapankah untuk BN menawan semula Parlimen Permatang Pauh - N44. Harapan masih ada sekiranya niat wakil yang bertanding samada BN atau parti lain hendaklah jujur dan ikhlas. Niat yang baik dan ikhlas tu perlu dalam usaha untuk berkhidmat untuk rakyat. Seorang wakil rakyat itu ibarat hamba kepada rakyat dan perlu berusaha agar suara dan masalah rakyat dapat didengari di Dewan Parlimen. Wakil rakyat yang jujur hendaklah tidak mempunyai agenda lain yang hanya mempergunakan rakyat untuk mencapai matlamat nya yang belum pasti lagi. Wakil rakyat juga perlu menerima kelemahan diri sendiri tanpa menyalah pihak lain semata-mata untuk menutup kelemahan sendiri. Wakil rakyat juga perlu mempunyai peribadi yang mulia dan mengikut ladas Al-Quran dalam memimpin rakyat

Parlimen Permatang Pauh yang mempunyai 3 ADUN iaitu ADUN Permatang Pasir, Seberang Jaya dan Penanti ini mempunyai ramai penduduk terutamanya penduduk Melayu tetapi kehadiran penduduk lain tidak perlu dipandang ringan.

Aku berharap sangat Datuk Ariff Shah iaitu wakil calon Barisan Nasional (BN) memenangi kerusi parlimen tersebut. Ini adalah kerana penduduk Permatang Pauh sudah lama dahagakan pembangunan dan pemimpin yang berkaliber untuk memimpin mereka dan mendengar masalah mereka.

Keputusan adalah ditangan penduduk Permatang Pauh itu sendiri. Kita sebagai pemerhati luar hanya perlu melihat, mendengar dan berdoa agar calon yang berkaliber dan jujur niatnya untuk membantu rakyat menang kerusi parlimen tersebut. Jujur maksudnya bukan untuk menggadai martabat, maruah dan hak istimewa orang Melayu. If ade rezeki Datuk Ariff Shah, adalah. Yang penting, penduduk Permatang Pauh "...tepuk dada, tanya selera...".


"...Ya Allah, Ya Tuhan Ku, aku bermohon kepada Mu semoga calon yang bertanding di Pilihanraya Kecil Parlimen Permatang Pauh yang mempunyai niat yang baik, ikhlas dan jujur dalam membantu rakyat tidak mengira kaum, jantina dan fahaman politik memenangi kerusi parlimen tersebut. Semoga calon BN membuat kejutan besar pada pilihanraya tersebut setelah sekian lama penduduk Permatang Pauh dahagakan pembangunan...AMIN..."

0 comments: