Followers

Sunday, August 31, 2008

T.E.R.A.W.I.H Pertama


***************************************

"...keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan kerana mendapat keampunan dari Allah SWT..."


0 comments

Wednesday, August 27, 2008

Salam Ke.M.A.A.F.an


Okla guys. Sempena bulan Ramadhan yang bakal menjelma ini aku ingin mengucapkan Salam Ramadhan kepada keluarga aku terutamanya My Mak, My Lovely Sister's, My Brother In-Law, My Two Beloved Nephews, My School Friends and others who know me as well.

To My Sis Ayu, Endang and Aiza... Aimi mintak maaf bebanyak sekiranya Aimi ada sakitkan hati korang sume. Aimi kekadang tak perasan yang kata-kata Aimi mengguris perasaan korang sume. Bukannya Aimi nak simpan di hati dengan gurauan korang sume, tapi caranya saja yang membuat Aimi terasa. Hanya satu yang Aimi nak korang My Sis sume tahu, Aimi hargai "...Perkenalan, Persahabatan & Persaudaraan..." kita.

Okay la....Aku nak ucapkan selamat berpuasa kepada korang sume dengan ucapan


"...Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak..."


0 comments

What E.V.E.R Lah


Friendship Day ClipArt

*********************************************

Ape-ape aje lah. Aku dah tak kisah dah. Dulu masa mulu-mula tu aku agak ralat gak. Tapi selepas aku merendah diri, mohon maaf, appreciate itu dan ini but STILL gak, nak buat macam mana. Bak kata orang Penang "...aku dah hemoi, macam tu jugak..." lantaklah.

Aku dah kata aku sekali saja "down to earth", mintak maaf and hemoi. Tapi macam tu gak, nak buat macam mana. Yang menenangkan diri, otak, jiwa dan sebagai nya adalah kerana aku dah mintak maaf. Tapi yang tu nak simpan gak, aku dah tak kisah. Anyway, thanks to my sis Endang kerana memberikan aku semangat, "...LOVE you sis..." as my sister lar. Die lar tempat aku meluahkan perasaan aku yang tengah tension dulu. Sekarang aku dah relaks skit sebab aku pernah mintak maaf. Okay lar....adios.



0 comments

P.E.R.M.A.T.A.N.G Pauh


1. Apa yang telah dijangka sudah pun berlaku.

2. Anwar menang.

3. Barisan Nasional kalah.

4. Saya biasa menulis berkenaan dilema Melayu. Saya percaya dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh ramai yang berada dalam keadaan serba salah. Bukan sahaja Melayu tetapi juga bukan Melayu.

5. Ramai pengundi tidak ingin undi bagi Dato Seri Anwar. Tetapi mereka juga tidak ingin undi Barisan Nasional. Calon Barisan Nasional baik tetapi kalau beliau menang maka Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi akan dakwa yang dirinya menang, dakwa yang sokongan kepada Barisan Nasional iaitu pada dirinya sudah kembali, dakwa Barisan Nasional telah dipulih dibawah kepimpinannya.

6. Saya percaya dengan berat hati penyokong-penyokong Barisan Nasional telah undi PKR supaya Dato Seri Abdullah akan sedar yang kepimpinannya tidak dikehendaki lagi.

7. Wang yang banyak telah ditabur atau dijanji akan ditabur. Pekerja Barisan Nasional dibayar saguhati. Calon yang diletak sesuai juga. Apakah yang tidak kena dengan Barisan Nasional sehingga pengundi memberi kelebihan undi yang lebih banyak dari bulan Mac kepada Dato Anwar yang enggan bersumpah.

8. Mesej yang hendak dihantar oleh pengundi Melayu, Cina dan India menjadi sia-sia kerana Dato Seri Abdullah tidak ada telinga untuk mendengar, tidak ada mata untuk melihat.

9. Tetapi ahli UMNO daripada pemimpin lain UMNO perlu sedar dan faham mesej daripada pengundi Permatang Pauh. Sejak Mac 2008 sokongan kepada UMNO dan BN bukan pulih tetapi merosot.

10. Kamu boleh terus sokong Dato Seri Abdullah sebagai Presiden parti. Tetapi rakyat tidak akan sokong UMNO kerana UMNO sudah jadi alat Dato Seri Abdullah dan keluarganya. Apabila datang pilihanraya ketiga belas rakyat akan jatuhkan UMNO dan Barisan Nasional kerana hanya dengan cara ini sahaja rakyat akan dapat jatuhkan Dato Seri Abdullah.

11. Malang bagi UMNO dan Barisan Nasional. Tetapi kerana UMNO dan Barisan Nasional tidak sanggup bertindak, rakyat terpaksa bertindak.

12. Untuk pulihkan sokongan kepada UMNO dan Barisan Nasional, Dato Seri Abdullah perlu bertanggungjawab dan letak jawatan sekarang. Ini akan memberi masa empat tahun bagi pemimpin-pemimpin UMNO berusaha untuk menarik balik penyokong UMNO dan Barisan Nasional. Jika ditunggu hingga Jun 2010 masa yang tinggal untuk pemulihan hanyalah 2 tahun; terlalu pendek untuk kerja yang berat ini.

13. Pilihan bagi UMNO hanya dua. Setia kepada Dato Seri Abdullah dan kalah dalam Pilihanraya Umum ke 13 atau setia kepada UMNO lebih daripada setia kepada Dato Seri Abdullah dengan kemungkinan menang Pilihanraya Umum ke-13.

14. UMNO perlu ingat undi daripada ahli-ahli setianya sahaja tidak mencukupi untuk mendapat kemenangan. Untuk menang calon UMNO perlu undi orang bukan ahli parti dan orang Cina dan India. Dalam keadaan sekarang, dalam keadaan UMNO dan Kerajaan di pimpin oleh Dato Seri Abdullah tidak mungkin orang bukan daripada parti UMNO dan orang Cina dan India akan beri kemenangan kepada calon UMNO atau Barisan Nasional. Bahkan ahli-ahli UMNO yang kecewa dengan pimpinan Dato Seri Abdullah pun tidak akan undi UMNO dan Barisan Nasional.

15. Saya percaya akhbar dan TV arus perdana akan putar cerita pilihanraya kecil Permatang Pauh untuk menyedapkan hati pemimpin UMNO dan Dato Seri Abdullah. Justeru itu pemimpin, terutama Dato Seri Abdullah akan yakin yang dianya dikehendaki untuk pulih semula parti. Dan UMNO pun akan terus pilihnya dengan sebulat suara pada bulan Disember. Dan akan merosot lagilah UMNO dan Barisan Nasional.

16. Dengarlah, lihatlah apa yang dipertunjukkan oleh pengundi Permatang Pauh. Mereka tidak undi untuk Dato Seri Anwar dan PKR. Mereka undi untuk mengalahkankan Barisan Nasional dan UMNO.

17. Kelebihan undi bagi Dato Seri Anwar berbanding Mac 2008 tentulah kerana dalam jangka hanya lima bulan sokongan kepada BN dan UMNO merosot lagi.

18. Nak tunggu sampai bila wahai ahli UMNO, sebelum kamu sedar akan perlunya kepimpinan Dato Seri Abdullah ditamatkan?

[Petikan Dari Blog Che Det.Com]



0 comments

T.E.R.E.S.A Kok Yang Kita Pilih


Papan Tanda Nama Jalan Dahulu Mempunyai Tulisan Jawi. Nampaknya Teresa Kok cukup sakit hati dengan tulisan jawi tersebut sehingga sanggup bertindak diluar dugaan.

********************


Gambar: Teresa yang anti Tulisan jawi) Teresa Kok mengepalai satu petisyen penduduk di Puchong kepada Datuk Satim Diman (ADUN Seri Kembangan) mencadangkan agar azan diperlahankan kerana didakwa menggangu ketenteraman penduduk. Ianya sama seperti cadangan Tan Seng Giaw (Ahli Parlimen Kepong) dalam parlimen pada tahun lepas. Di manakah Hassan Ali (Exco dari PAS) dalam hal ini? Bukankah tindakan itu jelas jelas menentang I.S.L.A.M ?

********************


Saat-saat bahagia Teresa Kok meraikan kejaayan mengeluarkan tulisan jawi pada papan tanda nama jalan. Nampak kan kebahagiaan mereka.

********************



Gambar: Akhirnya Teresa Kok berpuas hati kerana apa yang dia mahu sudah tercapai dengan memadamkan tulisan jawi di papan tanda nama jalan di Bukit Bintang. Selepas ini apa lagi yang akan di buat oleh Teresa Kok selepas ini ?

[SUMBER : Petikan E-Mail Yang Diterima]


"...terima kasih wahai bangsaku M.E.L.A.Y.U kerana menjadikan semua ini realiti. Selepas ini azan mungkin akan diharamkan pulak..."




0 comments

Tuesday, August 26, 2008

Point Of My V.I.E.W



Ok guys. Ini adalah pendapat yang baru aku terima dari kawan aku yang kerja di UiTM. Aku agak setuju sangat dengan pandangan die. Antara pandangan die adalah "...bangsa Melayu nie masih belum sedar akibat daripada apa yang bakal berlaku. Bangsa Melayu mungkin akan tertindas sekiranya perkara yang tidak di ingini berlaku. Ayat yang paling aku suka dari die adalah seperti berikut (renung-renungkan ayat-ayat beliau) :-


"...bangsa lain bukan setakat mahu mendominasi atau menguasai sektor ekonomi malah politik negara pun mereka sedaya upaya mahu menguasai..."

0 comments

Polling Result At Parlimen Permatang P.A.U.H

Jadual Keputusan Pilihanraya Kecil Permatang Pauh P44

**************************************

Emmmm......Tidak ada apa-apa kata atau perasaan aku pada masa ini mengenai keputusan Piliharaya Kecil Parlimen Permatang Pauh - P44. Nampaknya penduduk Parlimen Permatang Pauh masih buta dengan apa yang berlaku. Mereka seolah menutup mata dengan apa yang akan berlaku kepada bangsa Malaysia terutamanya bangsa aku sekarang iaitu M.E.L.A.Y.U. Nampaknya peluang Datuk Seri Anwar Bin Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri terbuka luas. Kalau beliau berjaya sekalipun, laluannya nampak susah kerana terpaksa melayan kerenah parti komponen di dalam Pakatan Rakyat.


DAP dengan agendanya untuk menghalang pembentukan negara Islam iaitu agama yang aku anuti sekarang manakala PAS dengan agendanya untuk membentuk negara Islam dan melaksanakan hukum hudud. PAS juga telah bersuara untuk melantik presiden mereka menjadi Perdana Menteri apabila Pakatan Rakyat berjaya menawan Putrajaya. Kemanakah Datuk Seri Anwar Ibrahim akan berpihak. Jika tidak, akan terdapat MP yang tidak berpuas hati dengannya dan akan berpaling tadah. Ramai menyatakan BN dilihat telah tidak releven lagi, banyak rasuah dan macam-macam lagi. Tapi ingat BN tidak memperjudikan masa depan dan hak istimewa Melayu. Di Malaysia, tidak kiralah parti mana yang memerintah, gejala rasuah tetap ada. Baik BN, Keadilan ataupun DAP. Bak kata Abang Nabil "...hang pikiaq la sendiri...".

Aku teramat risau dengan kebajikan bangsa aku sendiri, dimana DEB akan dimansuhkan, UiTM akan dibuka kepada bangsa lain, sign board jalan sekarang sudah dibuang perkataan jawi dan digantikan dengan bahawa Cina dan India. Dan apa agaknya lagi yang akan bangsa Melayu akan hadapi sekiranya Pakatan Rakyat menawan Putrajaya. Setelah sedikit demi sedikit keistimewaan Melayu ditarik. Memang BN dilihat seperti tidak menjaga kebajikan rakyat, tetapi sekurang-kurangnya Hak Istimewa Melayu dan kebajikan mereka terjaga. Emmmmm......rakyat Malaysia yang berbangsa M.E.L.A.Y.U, tepuk dada tanya selera anda.


0 comments

Monday, August 25, 2008

Me & F.R.I.E.N.D.S At KOMTAR International Base Jump 2008

Its Me...... On The Top Of The Tallest Tower In penang
********************************************


Hola....Tengah Lepak Atas Heli-Pad KOMTAR
***************************************
Nice View.....Me & Friends
******************************************

Me With Serious Look...Hehehehe
******************************************



Rock.......
*****************************************


Like This Pic....Cam Poster K.A.M.I The Movie....hehehehehe

****************************************


This also.............
***************************************


Friends......Yani, Izati & Syuk

*****************************************

Yo...What's Up ?
*****************************************
Me & Jat
**************************************

Me Again
*****************************************

My Friends......Suhaimi, Yani, Izati & Syuk










0 comments

K.O.M.T.A.R International Base Jump 2008 - Part II

Jumpers Sedang Melipat Payung Mereka

**************************************



Sesi Bergambar Dato' Rosli Jaafar, Encik Bazid (My Boss) & Prudential (Main Sponsor)

**********************************


Persembahan Silat Semasa Majlis Perasmian

***********************************

Persembahan Kebudayaan

************************************



Dato' Rosli Jaafar So Excited Dengan Bendera Pulau Pinang

************************************

Jumpers Disaat Akhir Sebelum Membuat Terjunan

*************************************

Jumpers Selepas Selesai Mendarat


to be continue


0 comments

Sunday, August 24, 2008

K.O.M.T.A.R International Base Jump 2008

A Group Of Treasure Hunt Contestants

OKU Colouring Contest

Anak Yatim Coloring Contest


Arrival Of Local & International Jumpers

****************************************

KOMTAR International Base Jump 2008 yang dianjurkan oleh Menara Kuala Lumpur dengan kerjasama PDC telah diadakan pada 23 Ogos 2008, hari Sabtu. Aku salah seorang committee yang incharge bahagian urusetia telah bertugas pada hari tu. Best sangat sebab macam-macam acara yang diadakan pada event hari tu. Ade Treasure Hunt, ade persembahan dari O.A.G dan ade colouring contest untuk OKU dan anak-anak yatim.

to be continue




0 comments

My E.M.A.I.L




Nie email aku. Feel free to email me.



0 comments

BN - Win Or Lose ?


B.N - Campaign Material

Masih ada harapankah untuk BN menawan semula Parlimen Permatang Pauh - N44. Harapan masih ada sekiranya niat wakil yang bertanding samada BN atau parti lain hendaklah jujur dan ikhlas. Niat yang baik dan ikhlas tu perlu dalam usaha untuk berkhidmat untuk rakyat. Seorang wakil rakyat itu ibarat hamba kepada rakyat dan perlu berusaha agar suara dan masalah rakyat dapat didengari di Dewan Parlimen. Wakil rakyat yang jujur hendaklah tidak mempunyai agenda lain yang hanya mempergunakan rakyat untuk mencapai matlamat nya yang belum pasti lagi. Wakil rakyat juga perlu menerima kelemahan diri sendiri tanpa menyalah pihak lain semata-mata untuk menutup kelemahan sendiri. Wakil rakyat juga perlu mempunyai peribadi yang mulia dan mengikut ladas Al-Quran dalam memimpin rakyat

Parlimen Permatang Pauh yang mempunyai 3 ADUN iaitu ADUN Permatang Pasir, Seberang Jaya dan Penanti ini mempunyai ramai penduduk terutamanya penduduk Melayu tetapi kehadiran penduduk lain tidak perlu dipandang ringan.

Aku berharap sangat Datuk Ariff Shah iaitu wakil calon Barisan Nasional (BN) memenangi kerusi parlimen tersebut. Ini adalah kerana penduduk Permatang Pauh sudah lama dahagakan pembangunan dan pemimpin yang berkaliber untuk memimpin mereka dan mendengar masalah mereka.

Keputusan adalah ditangan penduduk Permatang Pauh itu sendiri. Kita sebagai pemerhati luar hanya perlu melihat, mendengar dan berdoa agar calon yang berkaliber dan jujur niatnya untuk membantu rakyat menang kerusi parlimen tersebut. Jujur maksudnya bukan untuk menggadai martabat, maruah dan hak istimewa orang Melayu. If ade rezeki Datuk Ariff Shah, adalah. Yang penting, penduduk Permatang Pauh "...tepuk dada, tanya selera...".


"...Ya Allah, Ya Tuhan Ku, aku bermohon kepada Mu semoga calon yang bertanding di Pilihanraya Kecil Parlimen Permatang Pauh yang mempunyai niat yang baik, ikhlas dan jujur dalam membantu rakyat tidak mengira kaum, jantina dan fahaman politik memenangi kerusi parlimen tersebut. Semoga calon BN membuat kejutan besar pada pilihanraya tersebut setelah sekian lama penduduk Permatang Pauh dahagakan pembangunan...AMIN..."

0 comments

Friday, August 22, 2008

Sir P.A.O.L.O Coelho

The Zahir By Sir Paolo Colhoe
*************************************************

Aku pun baru aje beli buku nie. A novel of obsession. Baru gak baca buku nie. Baru mukasurat 50 kot. Tu pun jenuh belek kamus cari makna sesuatu perkataan.

Buku nie berisah mengenai perjalanan hidup seorang penulis. Nak tahu ape cite die. Tunggu bila aku dah abis baca.
0 comments

I,m R.E.A.D.I.N.G

My Sister's Keeper By Jodi Picoult
*************************************

Aku sekarang tengah try baca buku nie. My Sister's Keeper By Jodi Picoult. Seperti yang aku kata kan sebelum nie. English agak asing dengan aku. Bukan bermaksud aku tak faham sepatah haram pun, tapi ada sesetengah ayat yang aku tak berapa faham and terpaksa bukak kamus cari the meaning. So sementara nak habis kan satu buku aku cepat boring. Yerla, setiap kali ade je patah perkataan yang aku tak faham, aku terpaksa stop and bukak kamus cari meaning of that word.

Tapi buku nie best dan aku cuba untuk habiskan satu buku. Itu target aku. Buku nie berkisah tentang seorang kanak-kanak yang dilahirkan bukan kerana kasih sayang antara suami isteri, tetapi kerana semata-mata untuk membantu kakaknya yang menghidapi leukimia yang jarang ditemui. Oleh sebab abang sulung mereka tidak mempunyai persamaan darah untuk dibuat "bone marrow" maka terhasil lah kanak-kanak nie semata-mata untuk mambantu kakaknya. Kanak-kanak nie dihasilkan melalui permanian berhadas semata-mata supaya mempunyai persamaan/kesesuaian darah untuk membantu kakaknya untuk melakukan "...bone marrow transplant...". Zaman kanak-kanaknya tidak seperti kanak-kanak lain.

Pada umur 13 tahun, this kanak-kanak refuse to help her sister anymore dan mahu menyaman ibu bapanya kerana mempergunakan dirinya. Nak tahu apakah kesudahannya, tunggu dulu sebab belum habis baca. Wait and see.....

0 comments

Thursday, August 21, 2008

S.U.N Rise


Syukur alhamdullilah. Setelah mendapat text MSG dari my beloved sis. Aku skarang lebih tenang and sedikit ceria. Menurut text MSG from my sis last afternoon, die suruh dan nasihatkan aku bebanyak sabar dengan dugaan yang menimpa aku. Die pesan setiap kali sebelum tidur, berkata dalam hati dan maafkan kesilapan semua orang yang pernah menyakiti hati kite. Dengan itu, kita akan lebih tenang dalam menjalani kehidupan di dunia, di rumah, di pejabat, dan jugak dengan masyarakat.

Aku akan cuba untuk kembali ceria dengan semua orang. Aku akan kembali ceria seperti dulu. Tapi mungkin lebih hati-hati dengan makhluk-makhluk Allah SWT disekeliling aku yang bergelar/digelar sebagai manusia. Sebab kalau makhluk AllahSWT tu haiwan, senang aje kite nak deal. Tapi selagi manusia bergelar manusia selagi itulah dunia tak akan aman and tenteram.

Im happy right now like a S.U.N Rising in the morning. Aku akan cuba lupakan semua kisah duka aku dan ingat my case with Miss X aku akan ingat sampai bila-bila dan akan aku jadikan pengajaran dalam hidup supaya lebih berhati-hati dalam memilih kawan atau teman. Bukan sebab Miss X reject aku, tapi cite yang die create and die sendiri direct.

Ok guys, my last word from me this very good morning. Ceria-ceria kan lah pagi anda. This is my last post about my hurt feelings toward Miss X, not because she rejected me but because she humiliated me. Ok....life must go on as I say in my previous post.


0 comments

Tuesday, August 19, 2008

Meaning Of S.A.B.A.R & M.A.R.A.H

Entahla....I dont know.....Who care's.....What Ever. I dont know how o describe my feeling right now. Macam-macam benda yang jadi kat aku. Macam-macam dugaan yang menimpa aku. Melimpah ruah kegusaran yang menimpa aku. Sampai satu tahap tu aku tak sanggup dah nak ambil tahu semua nie dan nak biar aje kan. Tapi I have to face it and the consequences. Masalah aku hanya satu, aku suka pikir sangat. Takut orang tu tak cakap ngan aku la, takut tu, takut nie la. Fining-fining kelapa otak aku nie.

Aku nie jenis yang suka simpan, tapi kalu skali meletup...boleh tahan gak power die. Aku jugak jenis yang hot temper, tapi immediately akan cool balik. Pelik kan. Aku jenis yang suko pikio, walaupun masalah tu tak berapa sangat. Aku kena ubah cara aku. Mampus lah ape orang nak kata. Aku tak matang lagi ker. Perangai macam budak-budak ker. Tak matured ker. Not man enough ke......Bla,bla,bla..... Aku pedulik apa and aku tak ambik peduli. Hanya sekali aku akan down to earth, try to apologies walaupun aku tak salah. Tapi kalau lepas tu orang dok buat perangai gak. Aku akan buat perangai lagi teruk. Skali aku tak suka, seumo hidup akan akan tak suka die. Tapi kalu orang yang aku tak suka tu come and greet me again and say "...i'm sorry..." aku akan terus lupa ape yang die penah buat kat aku. Tu la perangai aku. Tapi ramai kata macam tu bagus tapi entahlah. Aku rasa dengan perangai macam nie, mudah orang nak pijak kepala.

Tapi aku confirm, kes aku dengan Miss X nie aku akan ingat sampai mati. Aku tak akan maaf kan die kerana buat crite yang aku tak buat. Aku nie jenis cepat maaf kan orang tapi dalam kes Miss X nie "....tiada maaf bagi mu...". Unless she came to me and ask for forgiveness.

Aku sanggup angkat sumpah untuk buktikan aku tak buat seperti yang die tuduh aku buat. Aku tak pernah semarah nie and benci pada seseorang seperti yang terjadi dalam kes aku and Miss X.

As my ex-boos at Maybank say before. Aku sedang mengalami culture shock masa aku keje kat Maybank. Culture Shock tu a.k.a Office Political. Aku ingat kat Maybank aje yang ade "Office Political" nie, rupa nya offirce baru aku pun ader. So conclusion nye aku kena beware and prepare something before that ".................." happen. Akhirnya aku tak sempat prepare pa per pun and case with Miss X pun "happen".

Aku kalu marah & naik angin, aku kena hempaskan barang atau pecahkan something untuk release tension aku. Kalu tidak aku boleh jadi gile. At least better dari pukul orang atau create cite yang bukan-bukan.

Oklah...aku worried gak cite lebih-lebih kat sini. Tapi as my friend use to say, "....Suhaimi, its a BLOG, so you can say what you want to say..." Betul gak kan. Sekarang nie BLOG menjadi medium untuk buat fitnah, sebar cite and tempat meluahkan perasaan. Jadi tak salah kan aku luah kan perasaan aku kat sini. Untuk insan-insan or individu yang teringin nak terasa ngan post pedas ku ini... It's up to you. Tepuk dada, tanya selero. Kalu terasa jangan view page aku.
0 comments