Followers

Tuesday, July 8, 2008

My A.B.A.H


Me With Family & My Late Father

*****************************************


My Abah With Muiz

Al-Fatihah...kelmarin genap 40 hari abah pegi menghadap Ilahi. Aku plak rase macam die dok ade je kat umah. Aku tahu aku nie boleh dikatakan anak yang degil. Aku sering bertelagah pendapat dengan die. Pernah sekali lepas aku perang mulut dengan die aku penanh doakan die mati cepat, tapi aku tak niat masa tu dan lepas aku cool down balik aku cecepat istighfar. Yer la...kan masa tengah marah, setan durjana datang menghasut. Tapi aku nk korang sume tahu aku tak niat nak cakap macam tu. Tapi aku rase ralat la skit dengan kata2 aku tu, dan skarang Allah SWT dah makbulkan doa aku. Aku nyesal skarang.

Aku ngan arwah abah leh dianggap "API DENGAN API". Kami sering bertelagah pendapat, bermasam muka dan penah tak bercakap 2, 3 hari. Dan aku akan tunggu 2 atau 3 hari, lepas die tegur and cakap dengan aku balik, baru aku cakap dengan die.

Skarang die dah tak der, dah tak der sesape nk kelahi dengan aku lagi. Hanya doa yang mampu aku berikan untuk mengiringi arwah di sana. Rase macam mimpi aje skarang nie.

2, 3 minggu lepas die tak der, aku tak rase ape2 sangat, cuma lepas sebulan die tak der aku baru rase sunyi sangat. Tu baru aku, entah macam mane ngan mak aku sorang kat umah yang duduk sesorang. Tapi aku tahu mak aku tabah dengan ujian tuhan nie.

Tande-tande abah nak tinggalkan kami aku tak perasan sangat. Cuma minggu die nk pergi tinggalkan kami aku rase die tak suke nak kelahi dengan aku, die lebih mengalah. Satu tande yang aku perasan mase minggu tu (hari Isnin) aku nk buat akaun Astro baru sbb Astro lame aku dah rosak. Tapi time tu aku tak boleh register sbb aku kena tunggu 6 bulan lepas aku cancel akaun yang lama. So aku call abah and mintak nombor IC die, dengan senangnye die bagi nombor tu tanpa banyak tanya. Aku pun hairan sebab, selalunya die akan investigate and quiry many things before he agreed, especially tentang duit yang terpaksa bayar tetiap bulan nie. Mungkin tu tanda die nak tinggalkan kami.

Oklah...sampai sini saje. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnye, lapangkan kuburnye, terangkan kuburnye dan diringankan seksaan kubur...AMIN


AL-FATIHAH



2 comments:

1na said...

Berdoalah utk abah...

U've a big responsibilities now. Mak and kak zila are ur responsibilities.

Muah... U can do it. I Love U

mrMiEZ said...

Thank sis... love you to..