Followers

Thursday, December 18, 2008

Do You Want Extra M.O.N.E.Y ?


**********************************************************

Hi korang. Rasa macam dah lama sangat aku tak post any entry. Okaylah.... kali nie aku nak share ngan korang sume sesuatu yang boleh melipat kali kan pelaburan anda. Ia adala e-KOLEKSI. Cuma dengan RM 50.00 saje untuk mendaftar. Dengan RM 50.00 tu, kalu anda dapat cari downline (kekawan anda) enam (6) orang. Anda tak akan rugi ape-ape dengan RM 50.00. Dan anda akan dapat extra RM 10.00. Setiap seorang akan mebayar anda RM 10.00. Dan kalu downline anda cergas dan cari enam orang bawah die. Anda akan dapat RM 40.00 bagi setiap downline di bawah downline anda.

Dan kalu anda rajin dan downline anda pun rajin, anda akan dapat lebih untung. Aku pun pada mulanya tak percaya sangat. Penah gak sempak ngan flyers die masa sembahyang Jumaat kat masjid, tapi aku buat tak tau je. Sampai la kawan opis aku dah berjaya mengumpul RM 500.00 dalam masa 2 bulan aje. Fuh... sapa nak kasi banyak tu. Cuma dengan RM 50.00 anda dapat ganda kan kepada 10 kali ganda. Emmmm.... macam syok je. Kate kawan opis aku. Die akan usaha hingga dia dapat untung hingga bleh beli beg COACH Original nye. Kalu korang tak caya gak ngan kata-kata aku nie korang bleh GOOGLE kan words nie "e-koleksi" dan korang akan nampak banyak thread yang menceritakan kejayaan diorang. Li pikir la sendiri.

Kalu korang minat nak joint melabur yang hanya RM 50.00 yang tak seberapa tu. Klik link kat bawah nie. Dalam tu link tu anda akan diterang kan dengan lebih lanjut dan bagaimana hendak joint. Kalu nak tahu lebih lanjut. Comment aku kay. Klik tau, jangan tak klik. Nak kaya tak. Anda kena jugak klik link kat bawah nie.
5 comments

Thursday, December 11, 2008

My S.U.R.P.R.I.S.E During Aidiladha 1429H


***************************************************

Wahwahwah... Gedik kan aku. Nie la surprise yang aku uar-uarkan sebelum nie. Aku pun semengnya tak sangka yang aku punya jodoh yang kuat untuk jumpa Datuk Siti dan pertama kali dan julung kalinya aku dapat menatap misai Datuk K.

Actually, aku tak plan untuk jumpa Datuk Siti. Seperti yang aku cakapkan sebelum nie, kami sekeluarga pulang berhari raya haji di kampung mak aku di Tikam Batu, Sungai Petani dan kebetulannya juga merupakan kampung Datuk K. Pagi raya hari tu, lepas sembahyang raya, menziarahi kubur, makan apa yang patut dan sampai dah tak tahu nak buat apa. Aku pun capai handphone, wallet, dan kunci kereta dan kuar pegi beli surat khabar.

Tengah aku membelek surat khabar tu, aku terbaca satu artikel tentang Datuk Siti dan Datuk Yusni Jaafar berceloteh tentang sambutan hari raya diorang. Dalam artikel tu, aku terbaca cerita Datuk Siti yang pulang beraya di kampung Datuk K. Terus aku tanya my aunty kat mana rumah Datuk K tu. Dan secara kebetulan, sepupu aku tahu dimana dan dia sanggup tunjukkan jalan.

Sebenarnya aku tak menaruh hati sangat untuk jumpa Datuk Siti. Tapi sesampai aje aku kat Masjid kampung tu, aku ternamapak kereta Mercedes yang plat no nya seperti aku kenali. WPT 11. itu kete Siti tu. Aku trus je park kete sebeleh Mercedes tu and tunggu dalam kete. Wait & See.

Tetiba aje, nun sayup dari jauh aku nampak kelibat perempuan jelita memegang payung. "...oi, tu Siti tu...". Dengan serta merta aje aku dah berada di belakang perempuan jelita itu a.k.a Datuk Siti Nurhaliza. "...Siti, boleh saya ambil gambar Siti..."." Boleh...jawab Siti. Menggigil aku dibuat nye. Lepas ambil gambar die sorang, aku suh plak maid Siti ambil gambar aku berdua dengan Siti. Terer gak maid die ambil gambar kami. Clear babe, tak der gegar-gegar. Nasib baik. Kalu tak frust aku.

Selalunya kalu jumpa Siti, mesti kelam kabut sebab Siti cepat nak balik. Tapi kali nie siap bebual sambil berjalan beiringan menuju ke kereta mewah Siti yang disana telah menanti Datuk K. Macam-macam yang aku bual kan sepanjang perjalanan aku ke kereta mewah Siti yang sememang nya dekat aje tapi bagi aku, perjalanan itu seperti terlalu jauh. Apa yang aku bual kan dengan Siti, tak payahla aku huraikan kat sini. "BIARLAH RAHSIA".

Fuh menggigil aku dibuat nye. Siti pada pandangan mata aku memang baik, sopan santun, dah kurus dan lemah lembut. Okayla. Sampai sini aje surprise aku. Bye


3 comments

Monday, December 8, 2008

My A.I.D.I.L.A.D.H.A 1429H




************************************************


Emmmm..... this year nyer Raya Haji. Kami sekeluarga planning nak berhari raya di kampung my Mom di Tikam Batu, Sungai Petani, Kedah Darul Aman. That's what we did. Kami bertolak balik kampung pada tengahari Ahad lepas iaitu sehari sebelum Hari Raya Aidiladha. Pepagi selepas Subuh pagi tu, kami sekeluarga pergi menziarahi pusara arwah Abah dan membaca Surah Yasin. Actually, pagi tu kami boleh bertolak awal, tetapi mak dah join Akikah untuk my nephew Si Faiz jadi sementara nak tunggu daging lembu akikah sipa di proses. Mahu tak mahu kena tunggu hingga tengahari. Tu pun lepas dapat daging akikah tu, kami terus balik kampung.

Raya di kampung boleh la tahan. Tapi aku prefer raya di rumah aje. Nak tahu sebab die ? Sebab die adalah accomodation. Yerla, bila tido di rumah orang (walaupun umah atuk sendiri) memang tak selesa. Bantal tak cukup, bantal keras, dan paling yang mengganggu tido aku adalah NYAMUK. Nyamuk kampung ok, bukan nyamuk AEDES. Tapi semestinya aku memang enjoy setiap kali balik kampung. Dengan layan taraf 5 STAR oleh Achik Bedah aku, dengan ramah tamah dan riuh rendah adik beradik mak aku. Ohhhh...aku dah rindukan suasana itu.

Okla.... aku sambung di next post. Aku ader surprise yang menjadikan raya haji tahun nie amat bermakna bagi aku. Wait & See kay. Bye


1 comments

Tuesday, December 2, 2008

C.I.M.B Unit Trust

Assalamualaikum

Saya merupakan perunding unit amanah sepenuh masa dari CIMB Wealth Advisors. Saya sedia memberi khidmat nasihat mengenai pelaburan unit amanah kepada mereka yang berminat. Khidmat rundingan juga diberikan kepada mereka yang berhasrat untuk membuat pengeluaran dari Akaun 1 KWSP untuk pelaburan unit amanah.

Jika anda berminat untuk melabur untuk jangka masa sederhana atau panjang, sila hubungi saya untuk pelaburan unit amanah di bawah CIMB Wealth Advisors.

Kelebihan melabur di dalam Unit Amanah CIMB

- Pengurusan pelaburan secara professional
- Diversifikasi portfolio pelaburan
- Dana Islamik diluluskan oleh Panel Syariah
- Pulangan yang tinggi (10 – 15 % setahun)
- Tahap kecairan tinggi
- Pelaburan permulaan serendah RM1000
- Keuntungan tidak dikenakan cukai -
- Perkhidmatan Penamaan Amanah (Trust Nomination)

Kaedah Pelaburan

- Pengeluaran dari Akaun 1 KWSP (Kelayakan mengikut Umur dan baki simpanan)
- Tunai
- Plan simpanan berkala/potongan gaji bulanan Pelaburan Islamik yang sah memberikan pulang yang lebih baik dan risiko yang minima.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:



AHMAD SUHAIMI BIN ABDULLAH
Unit Trust Consultant for CIMB Wealth Advisors


TEL : 017 – 462 8430

SMS : Taip CIMBUT dan hantar ke nombor telefon di atas. Saya akan menghubungi anda untuk maklumat lanjut

Email : mrmiez_cimb@yahoo.com


0 comments

I'm P.A.S.S


Alhamdulillah. Akhirnya aku LULUS gak exam FMUTM nie. Exam nie adalah untuk melayakkan aku menjadi ejen Unit Amanah yang berlesen tau. Masa first time sat for this exam, aku fail. Yerla, Masa tu baru je beberapa hari ABAH meninggal. Masa tu memang tak concentrate langsung, tambah plak aku tak sempat menelaah.

Dan skang aku dah berjaya. Buat masa nie aku tengah tunggu aku nye AGENT CODE dan Kad Kuasa aku untuk aktif sebagai Penasihat Unit Amanah. Pada 15 Disember nie aku kena gi kursus PRODUCT KNOWLEDGE dan pastu tu ade satu agi kursus untuk 12 minggu. Emmm.... susah gak kan. Tapi tak per, demi SIDE INCOME.

Bagi yang di luar sana. Kalu korang berminat untuk melabur untuk jangka masa LONG TERM dan mahukan profit yang berganda, hubungi saya dengan just comment me yang korang sume berminat dan jagan lupa tinggalkan no tepon korang untuk aku hubungi. CIMB Unit Trust nie berdaftar dan halal. Kalu tak, tak kan gomen luluskan pengeluaran KWSP untuk melabur dalam UT nie. Anyway, korang pikirla bebaik. Demi masa tua korang. Untuk pengeluaran KWSP pun korang boleh, tapi kena penuhi syarat-syarat die la. Kalu nak details, COMMENTS Me kay.

Pulangan UT nie lebih baik kalu nak dibandingkan dengan ASB. Keuntungan UT nie hanya boleh dilihat dalam tempoh jangka masa panjang atau sederhana.

Ok la guys. Doakan aku kay. Bye

2 comments

Tuesday, November 25, 2008

Al - F.A.T.I.H.A.H

Kak Ella & Arwah Mak Chak (Kanan)
My Late Abah
********************************************
Al-Fatihah.

Hari Khamis minggu lepas, genap 180 hari arwah abah pergi menghadap Ilahi. Cepat sungguh masa berlalu. Pada tarikh itu jugalah (20 November 2008) Mak Chak aku iaitu kakak ipar arwah abah pergi buat selama-lamanya. Aku ingat lagi masa abah meninggal, Mak Chak menangis sambil membelai rambut arwah abah, tapi sekarang dia juga menyusul pergi.

Arwah Mak Chak aku nie meninggal sebab sakit tua. Di samping tu die ade jugak la penyakit kencing manis dan darah tinggi. Kalu korang masih ingat pada entry aku yang lalu yang aku bermimpi gigi aku patah. Emmmm... sekarang menjadi kenyataan. Aku harap dan berdoa semoga aku tidak dapat mimpi tu lagi. Sebab ia sememangnya mengganggu jiwa aku dan ketenteraman jiwa.

Tahun nie merupakan tahun kesedihan dan dugaan bagi aku dan keluarga aku. Dalam tahun nie jugak iaitu 1 Mei, Tok Wan aku meninggal. Lepas tu plak, abah aku pada 29 Mei. Lepas tu plak, arwah Pak Ngah pada 7 Jun. Dan sekarang 20 November iaitu 3 hari selepas hari jadi aku, Mak Chak plak mengikuti mereka. Aku dan keluarga tidak sanggup lagi menanggung derita ini. Biarlah semuanya redha sekejap. Tapi apa nak buazt, ajal maut di tangan Tuhan. Kita berdoa aje lah.

Ok lah. Jumpa di next entry.




4 comments

Monday, November 17, 2008

Happy B.I.R.T.H.D.A.Y To Me

"...if you're happy and you know it, clap your hand..."







*********************************************
Anyway, yesterday is my birthday. Mulanya tak nak heboh kat BLOG nie tapi bila dah dapat B'day present from My Lovely Sister's (Most Wanted Staff In My Office, include me), terasa plak nak tayang plak kat BLOG nie. Actually its ADIDAS Cap, Limited Edition. Design By Missy Elliot. Mau kasi jeles sama you all. Thank you very much Sis Ayu, Sis Aiza and Sis Endang. I'm LOVING IT. Hehehehe.... nothing la. Saje nak gurau.

Anyway, enjoy the pixs kay. My hadiah dari My Sister Zila ialah kek Secret Recipe tapi tak sempat amik gamba. Hehehehe



2 comments

N.U.R.U.L Wedding

Nurul & My Mom, Cikgu Ana, Arisya, Wani and Kak Ani
Nurul & My Mom
Nurul & Cikgu Ana
Nurul & Fendi
Me & The Pelamin
The Marhaban Group
The Pelamin & Meja Makan Beradap
View From My House
*************************************************



Alahai... penat betul hari Sabtu hari tu. Tak sangka ramai betul tetamu yang datang. Mula nya panggilan 2000 orang, tapi last minit kena tambah jadi 2400 orang. Letih den dibuek nye. Tapi tak per, demi kawan dari kecik-kecik. Nanti turn aku, diorang gak yang nak tolong.

Meriah meriah & grand betul Nurul nye wedding. Yerla anak sulung yang kawen. Mesti la buat besar-besaran. Sori ek sebab gamba masa kenduri Nurul aku tak sempat nak amik, yerla tengah sibuk. Pix yang kat atas nie sebelum majlis ke rumah sebelah pengantin lelaki (rumah Fendi).

Ok la... aku tak larat nak berleter kat sini. Enjoy the pix.





2 comments

Sunday, November 9, 2008

Mother C.H.O.I.C.E.S








*********************************

Sori guys. Aku lupa nak post gambar kain-kain yang mak aku beli dan pilih kan. Antara kain-kain tu adalah pilihan mata aku, sepupu aku dan juga mak aku sendiri. Mak aku beli sepasang untuk die dan sepasang for my 2 sisters. Ok, enjoy the pixa.


5 comments

From Bazar To G.U.R.N.E.Y Plaza

Posing di eskelator...
Another pose maut

My Mak & Wani
Me at MPH, Gurney Plaza

******************************************

Hehehe.... lawak gak aku rasa. Tak penah-penah Mak aku jejak kan kaki ke Gurney Plaza. Nie la first time die. Rupe2 nye sepupu aku Kak Ani pun first time gak. Yer la tak salah diorang gak. Gurney ngan umah kitorang jauh. And Gurney tu shoping complex untuk orang berduit lebat aje.

Aku saje je bawak diorang pegi sebab aku nak pegi MPH carik buku. Tapi sayang tak ade buku yang aku carik tu. Kami puntak pusing memane sangat. Lepas carik buku kat MPH aku ajak diorang pegi PADINI. Ingat nak carik baju. Tapi emmmm.... tak padan ngan bajet. Bajet ade. Tapi kena pikir emergency lain jugak.

Kami pulang umah. Ingat nak singgah Padang Kota Lama, nak pekena Pasembor. Tapi manusia ramai sesangat. Terbantut niat kami. Pas tu plak plan nak beli bihun sup kat Jelutong. Sampai aje, nampak kedai tutup. Ish.... cian kami. Kami pun trus balik umah dengan hampa. Nasib baik lapik perut ngan SAMOSA yang kami beli masa kat bazar tadi. Kalu tak, kebulur kami. Ok. Jumpa agi. Bye



0 comments

Me & M.O.M Went To Bazar

Its Me..........
Mak & My Cousin... Kak Ani

Me Again....
From Behind The Scene..........

*************************************

Ok guys. Aku nak citer agi nie. This morning, masa aku & Mak kuar g imarket. Mak ade tanya nak pegi dak BAZAR. Nak Beli kain untuk akak tengah aku. Aku pun kate ok sebab lama tak pegi bazar. Leh pekena Air Sarbat ngan cucur udang.


Sesampai je umah, mak tanya my cousin sebelah umah ".... Ani, hang nak pi dak bazar. Mak Su nak cari kain kat Zila...". And my cousin jawab "...boleh gak...Mak Su nak pi pukul bape...". My Mak jawab "....dalam pukul 2.30 lepas Zohor..."

Seperti yang dijanjikan. Kami pun bertolak menuju ke bazar. Sampai aje sana satu masalah plak nak carik parking. Nasib baik sesampai aje, ada satu kete kuar. Alhamdulillah. Dapat gak parking. Dalam pala hotak aku lepas aje selesai sumue sesi memilih kain (sesi yang paling aku tak suke yang dilakukan oleh kaum pompuan) aku terus nak ajak diorang sume minum air sirap sarbat & cucur udang. Emmmmm...sedap nye.

Selesai aje sesi memilih kain kat satu kedai yang namanya F.A. Karim (promote skit) aku pun ajak diorang pi kedai yang dimaksud kan oleh aku tadi. Anyway, kedai kain nie tak la sehebat kedai kain JACKEL atau Euromoda (tul ke spelling) tapi ok gak design kain die. Korang nak tau dak. Owner kedai tu kate, 2 weeks after raye, Erra Fazira & Engku Imran ade datang kedai die. Lebih kurang RM 800.00 Erra belanja kat kedai tu. Nie menurut ape yang owner kedai tu kata la kan. Pergh.... canggih gak kedai kain yang mak aku datang nie.

Lepas ke kedai kain tu kami pun menuju ler ke kedai air sirap sarbat tu. Tapi korang nak tahu dak ape yang jadi. Sat aku story kat korang. Rupa2nya kedai tu tak buka hari Ahad. Bangan tul. Orang buka la hari Ahad. Baru orang leh pegi hari cuti2 nie. Dengan perasaan hampa, aku pun ajak la mak aku pegi MYDIN. Saje je nak cuci mate bebarang murah nie. Mula masuk tu aku nak pening dah dengan orang ramai. Kebanyakkanya Indon, Myanmar, Vietnam, Bangla & macam-macam ade. Ishh... meluat aku. Rase macam kat negara diorang plak.

Nak dijadikan cerita. Kasut "MANOLO BLAHNIK" mak aku tekuar tapak die. Susah nak jalan. Kesian plak aku tengok die. Aku pun suh die pegi carik kasut sementara yang murah-murah. Jadi die pun pilih la kasut yang rege die RM 12.90 sepasang. Aku pun amik la kasut tu n nak bayar. Lepas bayar harga kasut tu. Aku kata la kat mamat Vietnam yang jadi kashier. Aku kata tak yah bungkus sebab mak aku nak pakai masa tu gak. Die kate tak boleh. Aku kata plak ka die nape. Pas tu die jawab kalu nak pakai, suh mak aku pakai kat depan die (Kaunter Cashier). Aku dengan bengang nye suh mak aku datang pakai depan die. Lepas mak aku pakai aku mintak la beg plastik untuk bungkuskan kasut yang rosak. Tu pun die kate tak bleh. Telinga aku dah berasap dah. :"...Sabar Suhaimi...". Aku nampak belaknag die ade tong sampah. Aku pun buang la kasut tu. Masa tu die nye Manager nampak aku buang. Manager die datang kat aku and kate aku tak boleh buang kat situ. Die pun kasi beg plastik and suh aku bungkus kasut buruk tu. Aku pun jawab la ".... tadi I mintak tapi staff you tak mau kasi..." . Dengan rendah diri die kate "...sori, sori.... die staff baru...". Aku pun cool balik bila Manager tu mintak maaf. Ntah aper-aper ntah. Aku pun penah gak masuk kedai yang rega satu barang die beratus-ratus. Tapi tak pernah melalui sume nie. Tak padan ngan kedai jual barang cetak rompak. Eeeeee.... geram tul aku ari nie.

Masa nak naik kete aku sempat gak beli SAMOSA yang dijual tepi "BUTIK" 5 Star Mydin. Sedap giler. Emmmm....habis kat aku 3 biji. Okay la.... Jumpa agi dalam next post sebab lepas tu aku bawak team rombongan aku somewhere. Wait & See kay.





1 comments

Saturday, November 8, 2008

My C.H.I.L.D.Hood Friends Get Married

One Of The Hantaran From Bride Side.....My Mom Yang Buat

The Sireh Junjung

Me Dalam Masjid Sebelum Majlis Akad

My Childhood Friends Get Married (Fendi & Nurul) "...Woi Fendi, kontrol porot tu..."

Me with The Hantaran From Both Side

My Friends : (From Left) Farah, Nurul, Fizah (Adik Nurul) & Me...bekawan sejak kecil

Nurul...........cantik kan

*******************************

Wahhhhhhhhh........sorang agi kawan aku dah kahwin. Aku bila lagi agaknya ek. Just wait & see. Kalu ade, ade lar.... kalu tak der, emm.... kena adakan lar. Aku idamkan satu majlis yang x-tra verganza. Yer la.... once in a lifetime. Ok la.... aku cite pasal pengantin plak. Sebenarnya Fendi & Nurul nie leh dikatakan bercinta sejak zaman sekolah menengah agi. Orang tunggu bas, diorang dok dating belakang pondok bas. Tapi bukan berdua-duaan tapi kami ade. Tolong COVER LINE. Panjang & lama tul diorang bercinta. Akhirnya ke jinjang pelamin gak.

Nurul ngan Fendi nie kawan aku sejak kecil. Dengan Fendi tak close sangat sebab umah die jauh gak dari umah aku. Ngan Nurul nie aku rapat sebab Mak Bapak die adalah family aku nye kawan. Lagikan pulak, Nurul masa kecik-kecik My Mom yang di tolong jaga masa mak die pi kerja. Termasuk adik die yang bongsu. Sampai sekarang diorang sume tiga beradik call my Mom as "MAK".

Sememangnya aku tak sangka sangat yang Nurul nie dah kahwin. "... Hang bila lagik woi ?...". Itulah ayat skeptik yang aku tak berapa suka dengar bila gathering ngan kekawan sekolah. Yer la..... sume dah kahwin. Sorang tu baru kahwin bulan 8, dah peknen 2 bulan. Sorang agi yang kahwin bulan 2, dah peknen 6 bulan. Woi.... aku bila lagik nie?. Tingin nak dukung anak sendiri. Sesapa yang ade calon yang sesuai untuk aku korang komen aku kay.

Sambung balik cite Si Nurul nie. Nurul nie bertunang kalu tak salah aku tahun lepas. Akad nikah kemarin (Sabtu). Majlis kenduri nye, Sabtu depan. Besar babe. Mulanye parents die ingat nak buat cara buffet aje. Tapi atas permintaan sedare mare die dan jejiran tetangga, lebih meriah kalu dihidangkan. Mesti havoc majlis tu nanti. Harap-harap hari tu tak hujan hendaknya.

Okay lah... Korang enjoy la pics yang aku snap masa majlis akad ari tu. Untuk majlis kenduri nanti aku post kan di minggu depan kay. Bye..........




3 comments

Thursday, November 6, 2008

I've Been T.A.G.G.E.D

Starting time : 3.21 pm

Name : Mista Miez

Sisters : 2

Brothers : Me only

Shoe size : 9, 10 or 11
Height : Emm...181 cm

Where do you live : Near To Queensbay Mall & Tapak PESTA, Penang

Have you ever been on a plane : Yes

Swam in the ocean : Tak Ingat la...long time ago

Fallen asleep at school : Hehehe... during History lesson... boring tul

Broken someone’s heart : Emmm... never done

Fell off your chair :
Yes... once... kena few stiches on my right hand

Sat by the phone all night waiting for someone to call :
Yeah..but I hate waiting...its ok if somebody waiting for me....hehehehe

Saved e-mails :
Never... menyemak je

What is your room like :
Cozy & Tidy... dont like messy room
What’s right beside you :
My HP

What is the last thing you ate :
Nasi & Ikan Senangin Masak Asam Pedas Tumis..yummy

Ever had Chicken pox :
Yes! Twice....when...i dont remember
Sore throat :
Frequently

Stitches :
On my right hand

Broken nose :
NONE
Do you Believe in love at first sight :
Yup... tapi tak berbalas

Like picnics :
Nope
Who was were the last person you danced with :
Never Dance
Last time u laugh:
This Morning with Mr Nusi groups
You last yelled at :
Headache
Kissed anyone :
Oppss...never done it..only with my family & 2 nephews

Get sick :
Kadang-Kadang
Talk to an ex :
How to talk if I never have one
Miss someone :
YES..so much... my nephews

Who do you really hate:
Emmm...let me keep it secret

Do you like your hand-writing :
Sometimes

Are your toe nails painted :
Nope
Whose bed other than yours would you rather sleep in :
My mom's...
What color shirt are you wearing now :
Fierce RED

Are you a friendly person :
Yes
Do you have any pets :
NO
Do you sleep with the TV on :
No
What are you doing right now :
Answer all this ***** question..hehehehe didn't mean it

Can you handle the truth :
Yes
Are you closer to your mother or father :
My LOVELY Mum
Do you eat healthy :
Im trying

Do you still have pictures of you & your ex :
No
If you’re having a bad day, who are you most likely to go to :
My Mom la
Are you loud or quiet most of the time :
Loudest X 2

Are u confident :
90% Yes

5 things I was doing 10 years ago :

1) Finished school, went to Uitm Merbok for ePJJ (half way)
2) I'm still single...until now,
3) And still single.
4) My LOVELY Tok Wan & Pak Ngah passed away
5) The worse thing ever happen in my life...............my ABAH also passed away this year
5 things I would do if I were a billionaire :

1) Half a billion i'm using it for shoping
2) Buy a HUGE house
3) Buat kenduri...
4) Try make a business
5) Donates for the needy......errr nop...cause nowdays Malaysai dah takde orang miskin

I am living in :

1) Sungai Nibong Besar... till now
2) Tikam Batu, Kedah.....(my TOK house)
3) .........................................
4) ...........................................
5) .........................................

5 people I tag :
1) My sister......irisku.blogspot.com
2) Mista RIZZ.......
3) ...........................
4) ....................
5) .................................
1 comments

Tuesday, November 4, 2008

I'm S.I.C.K's


******************************************************

Hi guys....(dengan nada tak bermaya). Sori ek sebab lama tak post something kat blog aku nih. Musti korang sume dah boring view blog aku sebab mende yang same aje kan. This few days aku tak berapa sihat. Asyik pening kepala aje. Dah tiga kali pegi jumpa DR. Tapi still macam tu gak. Bila jumpa DR. die check sana sani tapi tak der per2 gak. Die kate mungkin ade infection pada telinga, tapi bila check, OK ajer. Then die kate mungkin sebab masalah sinus aku nie. Aku pun pikir boleh jadik gak sebab dua menjak nie aku nyer sinus teruk sikit.

Tapi kemarin aku teperasan akan sebab masalah dizziness aku nie. Minggu lepas, baguih nya aku lantak chips ubi kayu. Sedap babe. Tapi sebab badan aku jenis banyak angin, aku kena jamah sikit aje.Tapi aku bukan jamah, tapi lantak. Akibatnya berangin la satu badan. Nak dijadikan kisah, hari Sabtu, Ahad dan Isnin, aku try nak diet seperti selalu. Pagi aku jamah roti wholemeal 2 keping ngan cereal drink dan snack pukul 10 pagi aku jamah 3 keping Hi-Fiber Crackers nagn milo. Lunch plak aku makan sup sayur atau nasi 1/2 cawan. Selalunya aku makan macam tu ok aje, tapi 2/3 menjak nie, after lunch aje kepala aku jadi pening. Bukan pening berpusing-pusing, tapi rase tak selesa dalam kepala n fell unbalance. Tu je. Mungkin sebab aku lantak chip ubi kayu yang sememang nya berangin, tambah plak makan tak cukup untuk mengenyangkan perut. Jadi angin naik ke kepala la.

Pagi nie pun jadi kat aku. Pagi tadi aku makan 2 keping wholemeal and cereal drink. Jadi ingat kul 10 nak makan nasi la tapi tak sempat. Pukul 9.30 aje. Aku rase lain macam. Pening n unbalance. Nasib baik aku cepat-cepat makan nasi bungkus tu. Kurang la sikit serangan pening tu. Emmmmm......aku riso la penyakit nie. Adakah tanda penyakit serius atau hanya angin dalam perut aje. Adakah die akan berlarutan tau sekejap aje. Sesape yang tahu tolong komen aku kay. I need you
1 comments

Sunday, November 2, 2008

Healthy L.I.F.E.Style

********************************************

Berapa ramai antara kita yang senang hati mengeluarkan wang untuk membayar kos rawatan sebagaimana kita membelanjakan wang ketika membeli-belah?Jika ada, anda termasuk dalam kumpulan yang sangat bertuah kerana wang bukan masalah kepada anda.

Memandangkan kos rawatan semakin mahal, lebih baik jika langkah beringat diambil dari awal seperti mendapatkan perlindungan insurans. Pada masa sama ada kaedah lebih mudah, murah dan praktikal untuk dijadikan amalan — yang terbukti dapat meningkatkan tahap kesihatan serta kualiti hidup.Antara tabiat baru yang kita perlu jadikan amalan ialah:

Makan sarapan
Lebih awal kita bersarapan, lebih baik. Kajian menunjukkan orang yang bersarapan kurang berkemungkinan mengalami masalah kegemukan. Orang meninggalkan sarapan akan terdorong untuk makan lebih banyak kerana biasanya apabila sampai waktu makan mereka sangat lapar. Perkara ini perlu diberi perhatian individu yang mahu menurunkan berat badan.Ibu bapa perlu memastikan anak bersarapan sebelum ke sekolah kerana ia meningkatkan kepekaan, daya tumpuan dan prestasi di bilik darjah. Sarapan seringkas sandwic, susu atau bijirin memadai untuk memberi tenaga, memperbaiki emosi dan membantu kepekaan minda.

Tidur secukupnya

Setiap orang memerlukan enam hingga lapan jam tidur sehari. Kekurangan tidur bukan saja membuat anda mengantuk pada siang hari, tetapi boleh menjejaskan prestasi kerja dan paling penting membahayakan nyawa sendiri dan orang lain jika terlelap ketika memandu.Tidur yang cukup penting untuk kesejahteraan emosi dan mental. Tidak cukup tidur mengurangkan daya tumpuan dan membuat anda berasa lebih mudah tertekan. Malah, ada kajian mengaitkan tidak cukup tidur dengan masalah psikiatri.Dalam laporan sebelum ini, Presiden Persatuan Permasalahan Tidur Malaysia, Profesor Dr Syed Hassan Syed Ahmad, berkata tanda awal seseorang itu akan mengalami gangguan mental ialah apabila tidak dapat tidur dengan mudah seperti sebelumnya. Mereka resah gelisah dan tidak dapat rehat secukupnya.Empat fungsi tidur ialah memberi peluang kepada tubuh kita untuk berehat, meningkatkan daya sistem imun, menjana daya kognitif dan pemikiran rasional serta mengawal suhu badan. Kekurangan tidur meningkatkan risiko diserang pelbagai penyakit dan boleh menjejaskan kesuburan.

Perbaiki hubungan sosial

Sertai persatuan penduduk, rekreasi atau badan bukan kerajaan yang menjalankan kerja amal. Berdasarkan kajian yang disiarkan dalam Jurnal Kesihatan Perlakuan Amerika, aktiviti sosial dikatakan memberi kesan positif pada kesihatan mental dan fizikal. Berkongsi masalah dengan rakan (walaupun dia hanya mendengar) boleh meringankan beban emosi.

Bersenam
Jika tidak bersungguh-sungguh, perkara ini sukar dijadikan sebahagian daripada rutin hidup, walaupun semua orang tahu kebaikan bersenam. Untuk manfaat jangka panjang, bersenam boleh mengawal berat badan, mengekalkan kesihatan tulang, otot dan sendi; mengurangkan risiko sakit jantung, kencing manis, strok dan tekanan darah tinggi; melancarkan aliran darah serta meningkatkan daya ketahanan badan.Manfaat jangka pendek senaman ialah membantu meningkatkan daya tumpuan dan kepekaan, badan rasa lebih selesa, menjadikan kita cergas dan bertenaga, memperbaiki emosi serta paling penting ia membantu mengurangkan tekanan tanpa disedari.Usah lagi mencari alasan tiada masa atau terlalu penat kerana di tempat kerja pun kita boleh bersenam. Bagi individu yang mengalami masalah cepat berasa penat, senaman antara ubat terbaik dan murah untuk anda. Senaman semudah berjalan setempat selama 20 hingga 30 minit di bilik tidur atau di depan televisyen mampu memberi kesan ketara pada anda.

Flos gigi setiap hari
Memberus saja tidak cukup untuk memastikan kesihatan gigi kerana ia tidak dapat membersihkan sisa makanan yang terlekat di celah gigi. Ada penyelidik mengatakan, membersihkan gigi dengan flos boleh memanjangkan hayat selama enam tahun.Menurut Pensyarah Jabatan Periodontologi, Fakulti Pergigian Universiti Carolina Utara, Profesor Ray William, banyak kajian klinikal membuktikan banyak kes masalah serangan jantung berlaku pada individu yang kurang memberi penjagaan pada kebersihan mulut.Ini kerana bakteria dalam mulut boleh merebak ke organ lain melalui salur darah. Kehadiran bakteria merangsang sistem imun badan untuk bertindak balas bagi menghapuskannya. Kesan tindak balas ini boleh menyebabkan keradangan, terutama pada sistem kardiovaskular (jantung) dengan menebalkan dinding salur darah.Keadaan ini lama kelamaan menyebabkan salur darah menjadi sempit dan serangan jantung boleh berlaku. Dalam kajian lain, penyelidik mendapati kaitan antara bakteria dalam mulut dengan strok, kencing manis, kelahiran tidak cukup bulan dan bayi lahir tidak cukup berat.

Ambil susu dan minum banyak air

Badan memerlukan air untuk membolehkan semua organ (contohnya hati, buah pinggang, jantung dan otak) berfungsi dengan baik. Air juga diperlukan untuk melancarkan pergerakan sendi.Kekurangan air mencetuskan isyarat ‘kecemasan’ dalam badan. Pusat Sumber Air Universiti Minnesota melaporkan, apabila keadaan ini berlaku, badan menyimpan semua molekul air yang menjadikan badan kita lebih berat. ‘Lebihan berat’ ini hanya hilang apabila badan mendapat cukup air.Individu yang berusaha mengurangkan berat badan disaran minum sekurang-kurangnya lapan gelas air sehari kerana ia menjadi ‘ejen’ yang memudahkan pemecahan dan penyingkiran lemak dalam badan. Selain itu, kekurangan air menjadikan kita mudah letih dan mengantuk walaupun cukup rehat.Susu bukan sekadar membekal kalsium untuk kesihatan tulang, malah ia dikatakan mampu membantu melindungi kita daripada penyakit jantung, tekanan darah tinggi, batu karang dan kanser usus.

Serat
Makan lebih banyak sumber serat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran, bijirin dan kekacang. Pakar perubatan berpendapat, pengambilan serat yang mencukupi dapat melindungi kita daripada kanser usus.

Banyakkan berjalan

Ia boleh dilakukan di tempat kerja dengan mengurangkan penggunaan lif, sebaliknya menaiki tangga dan letakkan kenderaan anda jauh sedikit dari pintu masuk. Antara cara lain untuk menggalakkan anda berjalan ialah bersiar-siar di pusat beli-belah, mengunjungi taman dan pusat rekreasi. Ingat, bagi setiap 20 langkah, kita membakar satu kalori.Menurut Badan Senaman Amerika, kajian lapan tahun ke atas 13,000 orang mendapati, golongan yang berjalan 30 minit sehari menunjukkan pengurangan ketara risiko mengalami kematian awal berbanding orang yang jarang bersenam. Antara punca kematian awal ini ialah serangan jantung dan strok.Berjalan antara cara paling mudah menyayangi diri sendiri kerana kurang bersenam dan bergerak hanya mendekatkan kita dengan pelbagai penyakit gaya hidup.



Oleh : NORLAILA HAMIMA JAMALUDDIN
(Petikan Daripada : anizyn.blogspot.com)


0 comments

Wednesday, October 29, 2008

Serpihan Majlis A.I.D.I.L.F.I.T.R.I

*************************************************
Love this pix. Cam meriah sangat. Cantik dak kalu korang tengok. Aku rasa macam sedikit bangga sebab idea nie sedikit sebanyak idea aku. That day, I just feel like a wedding / events planner. And I love it. Mungkin nie part of my hobbies kot. Skrang aku tingin nak jadi wedding / events planner. Tapi kena gain experience dulu. Korang kalu kenal mane-mane wedding planner comment me kay. Saja nak jadi assistant die dulu. Leh planning events besar-besar. Hehehehe... berangan mau lebih.

Ok la. Melalut plak aku. Just enjoy the pix. By the way, kalu kat luar sana yang nak planner untuk organize events kecil-kecilan. Hubungi aku ek. Bye ...


1 comments

Hari Raya A.I.D.I.L.F.T.R.I

Cian aku ek.... lepas bagai nak rak siap, last-last kena angkat pinggan..... hampeh tul
Me & Kak Imah.....she's pregnant... hehehe

Me again & Kak Ita.... does she so gorgeous

**********************************************************

Hye guys. Nie ade sedikit gambar yang tersesat. Aku baru copy dari Sis Ita. Hehehehe.... Nice pixs kan. Okay la. Harap korang sume enjoy. Bye.....




2 comments